Festival Ayam Goreng Ayam Lejen Kembali!



Nak cuba 10 ayam goreng terbaik di seluruh alam semesta? Hehe… Tak adelah sampai alam semesta, tu membongak sangat, tapi kalau korang peminat tegar ayam goreng, ini berita baik untuk korang.

Festival Ayam Lejen kembali lagi! Untuk yang tak tahu, Ayam Lejen adalah satu festival yang dianjurkan oleh Friedchillies.com yang mana diorang mengumpulkan 10 vendor yang menjual makanan berasaskan ayam goreng SAHAJA.

Disebabkan sambutan yang luar biasa untuk Ayam Lejen dulu, tahun ini, Ayam Lejen 2 akan diadakan. Lebih tepat lagi, hujung minggu ini! 10 dan 11 November 2018 bertempat di LRT Ara Damansara, mula jam 11 pagi sampai 6 petang selama dua hari.

Jadi kalau korang tak ada apa nak buat hujung minggu ni, silalah berpusu ke LRT Ara Damansara. Bayaran masuk RM5. Buat masa ni, tiket boleh didapatkan melalui aplikasi Boost. Pergi ke kategori EVENT dan cari tiket untuk ke Ayam Lejen. 

Antara vendor yang ada bukan calang-calang tau; KyoChon 1991, myBurgerLab, Familia Fried Chicken, Wak Kentut JB dan banyak lagi!

Ini menu yang disediakan sempena AYAM LEJEN 2 ni :

Cuma, acara ini terhad kepada 3,000 orang untuk memastikan juadah ayam goreng yang dihidangkan kekal segar. Jadi, siapa cepat dia dapat!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh dapatkan di FriedChillies ye…