Green Tea Frappucino Ala Sturbucks – Resipi Mudah



Resipi asal dikongsikan oleh Lunch Box Bunch untuk mereka yang vegan. Menu asal sememangnya minuman yang agak popular di Starbucks iaitu Green Tea Frappuccino.

Kalau korang peminat frappucino ataupun green tea, bolehlah cuba. Kalau nak hadap Starbucks hari-hari pun, poket menipis nanti. Hehehe…

Ini adalah resipi mudah Green Tea Frappucino :

Bahan-bahan:

1 cawan susu segar

1/8 sudu ekstrak vanila

1 sudu gula kelapa – untuk beri rasa manis

1 cawan ais

1 sudu serbuk matcha teh hijau

Untuk hiasan boleh gunakan krim putar

 

Cara penyediaan:

- Masukkan susu bukan tenusu, ekstrak vanila, gula kelapa, matcha teh hijau dan ais ke dalam mesin pengisar.

- Kisar dengan kelajuan sederhana. Kalau nak pekat, tambahkan ais. Kalau nak lebih cair, tambah bahan-bahan diatas. Ini terpulang pada selera korang

 

- Tuang ke dalam cawan. Tambah lah whipped cream untuk mencantikkan air korang tu, kalau tak suka whipped cream, toksah la bubuh.

Hidangan diatas sesuai untuk 2 orang, maknanya kalau nak buat untuk sorang, semua separuh lah.

 

Kredit : Lunch Box Bunch