Hedwig Books & Café, Café Bertemakan Harry Potter Yang Pertama Di Malaysia

October 27, 2017 - 12:00 PM


Alohamora! Kafe bertemakan Harry Potter dah ada dekat Malaysia rupanya. Ini membuatkan peminat Harry Potter di Malaysia kena lawati kafe ini hari ini juga.

Walaupun bukannya kafe official daripada Warner Bros. Studio, tetapi jika anda ingin rasakan bagaimana menjadi seorang penuntut di Hogwards, silalah ke Hedwig Books and Café ini.

Kalau kita lihat dalam filem Harry Potter, pasti anda boleh relatekan dengan dekorasi yang ada di café yang terletak di Kota Bharu Kelantan ini.

Menurut pemilik café ini, Raiha Hanafi, beliau yang sebelum ini menetap di Kuala Lumpur, dan pulang ke Kelantan. Sebab itulah café ini terletak jauh di negeri pantai timur ini. Mendapat idea ketika belajar di San Diego, Raiha berhasrat membuka sebuah book café kerana dirinya sendiri memang minat untuk membaca buku.

 

Memilih tema Harry Potter kerana anak-anaknya sangat minat dengan siri ini. Klau kita tengok dgambar, kita rasa macam nak naik penyapu terbang dan terus ke café tersebut. Tambahnya lagi, beliau ingin mengembangkan cafenya ke Kuala Lumpur sekiranya sambutan disana mengalakkan.

Harapnya cepat sikit. Ataupun, kita akan ke Kelantan!

Untuk info lanjut, boleh ke Facebook dan Instagram Hedwig Books & Café.

 

Sumber | Rojakdaily

Destination: