Ini Antara Kebaikan Makan Buah Durian Yang Ramai Tak Tahu

FOODIE
July 16, 2018 - 03:21 PM


Dah kalau namanya pun musim, mana-mana kita pergi pun akan nampak buah durian. Media sosial, tak payah cakap lah. Baik dari Facebook, Twitter mahupun Instagram, bersepah post berkenaan buah durian ni.

Pada siapa yang tak suka makan durian tu, bertabahlah. Bukan selalu.

Untuk penggemar durian pulak, dah puas cari ‘port’ makan durian best? Kalau belum, teruskan mencari, dengar cerita sekarang buah banyak, harga pun murah. Selain isinya yang kuning, lembut dan rasanya yang sedap, sebenarnya buah durian ni ada kebaikannya.

#1. Kuatkan Gigi & Tulang

Kalau korang nak tahu, buah durian mengandungi kadar kalsium yang tinggi. Selain itu, terdapat vitamin B1 dan B2. Bila buah ada kandungan kalsium, ditambah pulak dengan vitamin B1 dan B2 ini, secara tak langsung ia boleh kuatkan tulang dan gigi. Tapi, bukanlah bermakna makan sebiji durian dah boleh sepak batang pisang sampai patah.

#2. Awet Muda

Baik lelaki, mahupun perempuan. Untuk dapatkan kulit yang cantik,rajin-rajinlah makan buah durian ye. Sebabnya, ada sumber vitamin E dan juga vitamin C yang tinggi. Selain boleh mencerahkan kulit, buah durian boleh menghaluskan kulit kalau dimakan.

Ia juga mampu melambatkan proses penuaan tau.

#3. Mencegah Tekanan

Kandungan Tryptopan yang ada pada buah durian berfungsi untuk membentuk serotonin, melatonin serta niasin yang boleh mencegah stress dan juga kemurungan.

Selain pada itu, kalau susah tidur ataupun insomnia, cubalah makan durian.

#4. Mencegah Anemia

Selain vitamin, kandungan buah durian juga kaya dengan zat besi. Bila ada banyak zat besi, ia boleh merangsang pengeluaran haemoglobin dan ini secara tak langsung boleh mencegah berlakunya anemia iaitu kurangnya sel darah merah untuk mengangkut oksigen ke seluruh anggota badan.

#5. Mengurangkan Kesakitan Perut

Kalau korang ada masalah sakit perut, cuba makan durian. Sebabnya dalam buah durian ini, ia ada kesan antacid semula jadi. Iaitu bahan yang boleh meneutralkan acid perut.

Jadi kalau ada gastrik, elok sebenarnya makan durian ni.

#6. Cegah & Hilangkan Jerawat

Ha, untuk kulit yang ada jerawat tu eloklah makan durian. Jangan amik kulit dia sental dekat muka pulak, itu memang hilang jerawat, tapi nanti muka bengkak pulak. Hihi.

Bahan antioksidan yang terkandung dalam buah durian boleh melawan bakteria yang sebabkan muka naik jerawat.