Ini Resipi "Rare" Sambal Biji Getah! Boleh Makan Ker?




Bila cakap tentang biji getah, tentu teringat kita pada zaman kanak-kanak bermain dengannya. Tapi yang peliknya, biji getah boleh dimakan.

Makan biji getah?

Tiada benda lain yang nak dimakan?

Sebetulnya biji getah memang boleh dimakan. Tetapi cara memakannya bukanlah seperti memakan kekacang.

Biji getah harus diproses dahulu

Cepat cuba resepi pelik ni. Barulah rare kan!!

Resepi Sambal Biji Getah / Sambal Rong

Nama lain bagi sambal biji getah ialah sambal rong.

Bahan-bahan

  • Cili padi
  • Biji getah
  • Garam

Cara-cara membuatnya

  • Kupas kulit getah yang keras untuk mengambil isi dalamnya.
  • Buang kulit ari.
  • Nak mudah, keringkan dulu biji getah sehingga biji getah lekang dari isinya.
  • Tumbuk cili bersama sedikit garam sehingga lumat.
  • Masukkan biji getah dan tumbuk lagi sehingga biji getah lumat

Mudah kan? Jangan lupa untuk mencuba resepi rare ni. Tapi anda kena la mencari biji getah tu dulu