Inilah Makanan Paling Mahal di Dunia Berharga 3 kali Ganda Black Diamond

FOODIE
March 12, 2018 - 04:24 PM


Kalau di beri pilihan antara makanan ini dan black diamond aku rasa mesti majority akan memilih black dioamond. At least bila tengan sengket boleh lah di gadai kan. hehe. Tahukan korang apa benda makanan yang dikatakan mahal sangat ni? Sedap sangat ker sampai mahal macam ni? Lepas makan akan jadi najis je nanti. Berbaloi ker?

Bagi rakyat marhein macam kita ni memang ianya tak berbaloi. Namun bagi mereka yang kaya sampai duit tak tahu nak buat apa boleh lah cuba. Mana tau duit ada dalam dinding ke. ada orang derma 2.5 bil ke. Eh.

Ok berbalik kepada makanan yang paling mahal ni. 

Siapa pernah makan truffle ni? Jika anda nak tahu, truffle adalah antara makanan paling mahal di dunia. Hanya beberapa hirisan truffle hitam dari Perancis yang dikenali sebagai black diamond berharga beribu-ribu ringgit di restoran di Paris.

Truffle putih dari Itali pula boleh mencecah harga 3 kali ganda harga black diamond. Jika anda pergi ke Perancis atau Itali, anda boleh lihat ia diseludup seperti dadah dan dirompak oleh samseng-samseng kerana harganya yang mahal dan sukar didapati.

Malah ia pernah dijual dengan harga RM130,000 untuk 100 gram. Mahal kan? Macam tak berbaloi saja nak makan makanan semahal ini. Sedap sangat ke? Dan apa sebenarnya truffle ni?

Apa itu truffle?

Sebenarnya truffle adalah salah satu daripada beberapa spesis kulat. Ia tumbuh secara liar dan semulajadi serta tidak boleh ditanam dan dikawal.

Ia merupakan salah satu daripada beberapa spesis kulat yang tumbuh sepenuhnya di bawah tanah. Ia melingkar sendiri dan ke dalam akar-akar pokok seperti pokok oak, poplar, bic dan banyak lagi.

Kulat ini memberikan mineral dan nutrien kepada pokok-pokok, manakala pokok-pokok pula memberikan kulat ini gula yang diperbuat daripada cahaya matahari. Dengan ini, kedua-duanya mendapat manfaat.

Pembiakan truffle

Untuk membiak, ketulan-ketulan seperti ubi tumbuh pada kulat ini di bawah tanah. Ketulan-ketulan tersebut berbau kuat sehingga haiwan-haiwan mampu menghidunya dan mengorek tanah untuk memakannya.

Spora-spora kulat ini kemudiannya tersebar membuatkan pembiakan kulat berlaku. 

Apa yang membuatkan truffle tersangat mahal adalah ia sangat sukar untuk ditemui. Truffle hanya menyukai beberapa jenis tanah dan pokok sahaja. Malah, anda tak boleh tanam truffle sendiri kerana truffle hidup dalam akar pokok.

Jika anda mahu tanam truffle juga, biasanya anda harus mencari pokok yang cukup kecil yang tumbuh di kawasan yang sudah mempunyai kulat truffle ini. Pokok itu kemudiannya harus dikorek dan dipindahkan ke kawasan baru yang mempunyai tanah yang sesuai.

Kulat yang tinggal dalam akar-akar pokok tersebut mungkin akan berpindah ke kawasan baru tersebut. Dan dalam masa 10 hingga 20 tahun anda mungkin mempunyai kawasan yang mempunyai kulat truffle.

Truffle di Perancis

Terdapat banyak hutan-hutan truffle di Perancis pada tahun 1800-an yang ditanam melalui cara ini. Truffle merupakan makanan biasa di antara tahun 1800an dan 1900an, sehinggakan semua rakyat Perancis mampu untuk makan kulat ini.

Namun disebabkan Perang Dunia Kedua, kawasan luar bandar Perancis rosak teruk menyebabkan banyak hutan truffle musnah. Disebabkan ia semakin susah dijumpai untuk beberapa abad ini, harganya melonjak naik dan menjadi makanan orang kaya.

Bermula 30 tahun lalu, ramai yang mula menanam hutan truffle kembali. Antaranya adalah di Amerika Syarikat, New Zealand, Chile, Australia dan Perancis.

Article sumber dari CBS NewsMental FlossQuora, Illuminasi