Jom Cuba Resepi Viral, Aiskrim Malaysia Campur Cheese!



Punyalah tak nak memori makan aiskrim Malaysia 10 sen masa kecik-kecik hilang ditelan zaman, nampaknya ramai yang cuba meng’inovasi’kan perasanya.

Kalau sebelum ni siap ada tambah jelly dan pudding, terbaru aiskrim Malaysia turut dicampurkan dengan keju atau cream cheese.

Kreatif betul korang ni, kan? Hahahaha…

Bunyi macam sedap, tapi lagi sedap kalau korang sendiri yang buat aiskrim tu. Simple je resepi dia semudah A,B,C.

RESEPI AISKRIM MALAYSIA VERSI CHEESE

1 tin susu cair

1 tin susu pekat

3 tin air

4@5 sudu gula (ikut tahap kemanisan)

2-3 sudu tepung jagung

50 gram Tatura Cream Cheese

Secubit garam

Filling blueberry & strawberry (masukkan filling dlm plastik aiskrim siap siap)

Langkah-langkah :

1) Masak semua bahan di atas (kecuali cream cheese) dengan api sederhana.

2) Apabila dah menggelegak, masukkan cheese.

3) Biarkan sehingga bancuhan menjadi suam kemudian blendkan sampai cheese dah tak berketul. Sekiranya masih belum halus, tapiskan bancuhan tersebut.

4) Masukkan ke dalam plastik aiskrim yang dah ada filling di dalamnya. Ikat dan bekukan.

 

Sumber: Bintu Zain