Kafe Ala-Ala Di Jepun - BUKKU Café, Bandar Bukit Raja Klang



Terjumpa tanpa sengaja. Itu yang boleh Aj rumuskan macam mana kisah terjumpanya café yang best ni.

Memilih book café sebagai tema, sekali pandang memang keadaan di sekitar café ni, dengan suasana sejuk pagi, kawasan outdoor yang banyak serpihan-serpihan kayu sebagai deko, memang orang ingat kita di Jepun.

Dibuka pada setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 11.30 malam, dan pesanan terakhir diterima pada 10.30 malam untuk minuman dan 10 malam untuk makanan.

Pendek kata, kalau korang minat buku, minat lepak dekat tempat-tempat macam ni, memang Aj suggestkan lepak sini lah. Sini jugak korang boleh 'trade' buku.

Korang boleh amik dari shelf, dengan syarat, tinggalkan 1 buku jugak. Nama pun book cafe kan... 

Untuk menu, Aj cuba diorang punya Hazelnut Roasted Latte sebab itu minuman yang direccomendedkan (mengikut menu) dan untuk makanan, Aj cuba Salted Egg Croissant, dan cuba diorang punya Croissant Sausage kalau tak silap.

Apa yang best, dia ada outdoor dan indoor. Kalau rasa nak chill-chill rasa angin petang, bolehlah lepak outdoor area dia. Oh, ada tingkat atas juga ye.


Ni bukan Aj ye... Hahaha.

Kalau nak pegi, alamat dia dekat :
NO.1, JALAN SINGGAHSANA 4A/KU2, (13.42 mi), Klang 41050

Atau korang boleh je refer dekat FB diorang ni :