Kafe Dipenuhi Ular, Tarikan Terbaru Di Tokyo!

FOODIE
January 09, 2018 - 03:28 PM


Jepun merupakan salah satu destinasi wajib pegi oleh traveller seluruh dunia. Negara yang penuh dengan adab dan budaya ini sering memperkenalkan konsep yang baru serta lain daripada yang lain.

Selain pemandangan serta lokasi yang menarik di Jepun, antara yang sering menjadi tumpuan adalah keunikan makanan dan restoran disana.

Kalau sebelum ini, kita biasa dengan kafe kucing, anjing dan burung kini di Jepun anda boleh makan ditemani dengan ular!

Walaupun ada sesetengah orang akan geli bila berhadapan dengan ular, tak kurang juga takut dengan reptilia ini, namun ternyata Ular ada peminatnya sendiri.

Oleh sebab itu, untuk pencinta ular atau anda ingin mencuba sesuatu yang baru, Tokyo Snake Central yang terletak di Shibuya ini boleh memberikan anda pengalaman yang sedemikian.

Bayaran yang dikenakan adalah 1,000 Yen (RM 36) dan anda boleh bermain sambal menjamu selera bersama lebih daripada 30 ekor ular di kafe ini.

Selain daripada anda boleh bermain bersama ular, dekorasi kafe ini juga menggunakan tema ular. Daripada susun atur makanan, dekorasi dan juga motif di kafe ini. Tapi jangan risau, tiada menu ular yang disajikan!

Menurut pemilik kafe berkenaan, kafe tersebut dibuka kerana minatnya terhadap reptilia berkenaan. Selain itu, beliau ingin mengurangkan tangapan negative terhadap spesis terbabit yang sering disangka sebagai berbisa dan bahaya.

Antara spesis ular yang terdapat di kafe ini adalah rat snake, carpet phyton, corn snake dan juga ball phyton. Kesemua ular ini adalah spesis yang tidak berbisa dan sebenarnya agak manja.

Apa kata anda? Berani ke nak mencuba? Kalau berani, pegi Tokyo nanti boleh lah singgah di kafe ini…

Tapi hati-hati ye, kafe ini ada hidangkan alkohol juga. 

 

Suumber : Website | Tokyo Snake Center