Kerana Kotor Satay Tulang Senawang Diarah Tutup!



Agak memeranjatkan kerana kami sendiri pun anatara yang suka makan stay tulang di senawang. Satay yang boleh dikatakan agak rare ini memang sedap namun disebalik pengurusan terdapat beberapa kriteria yang tidak begitu memuaskan. 

Baru-baru ini telah tular di media sosial dimana sebuah premis yang menjalankan perniagaan satay tulang di Senawang, Negeri Sembilan didapati kotor dan menjijikkan.

Pemeriksaan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) semalam dilakukan selepas tularnya gambar tersebut.

Dikatankan juga Secara keseluruhan premis menyediakan makanan itu didapati tidak bersih. Antara kesalahan yang dilakukan adalah pengendali makanan tidak mengambil suntikan tifoid, peralatan memasak kotor dan amalan pengendalian makanan tidak bersih.

Bagus jugalah ditutup kalau dah rupa ini kotornya. Semoga kedai-kedai lain ambil iktibar tentang pentingnya kebersihan dalam pengurusan sesebuah restoran.