Lihat Bagaimana Restoran Ini Memberikan Respon Kepada Burger Nasi Lemak McDonalds Singapura…

FOODIE
August 07, 2017 - 12:45 PM


Nasi Lemak merupakan menu sarapan pagi yang tidak asing lagi bagi penduduk Malaysia.

Pergilah serata pelusuk mana pun, kalau dah nama menu pagi, tak kiralah di warung kopi mahupun di hotel…

pasti akan ada Nasi Lemak. Itu wajib.

Cerita pasal variasi nasi lemak pulak, ada nasi lemak daun pisang, ditambah ayam goreng, sotong, kerang, telur mata dan macam-macam lagilah.

Namun begitu, sajian Nasi Lemak ini mahu diadaptasi oleh McDonalds Singapura. Bukan nasi lemak normal, tetapi burger nasi lemak..!

Bayangkan, nasi lemak tu, dijadikan burger. Menu itu merupakan salah satu menu ‘seasonal’ yang diperkenalkan oleh McDonalds Singapura sempena menyambut hari kemerdekaan Singapura …..

Tidak mahu kalah dengan burger nasi lemak dari McDonalds Singapura itu, myBurgerlab, salah satu ‘burger joint’ yang terkenal di Kuala Lumpur telah menyediakan menu balas

kepada Singapura. Menu yang disediakan myBurgerlab hadir atas permintaan pelanggan mereka yang kecewa kerana McDonalds Malaysia tidak menyediakan menu burger yang sama…

Yang menariknya, myBurgerlab menggunakan teknik pemasaran yang seakan –akan  melancarkan perperangan terhadap McDonalds Singapura.

Lihat sahaja post twitter mereka…

Bukan sahaja disebabkan teknik pemasaran yang sangat ‘cathy’  dan berjaya menarik minat pelanggan yang rata –ratanya daripada golongan muda,

keunikan burger dan roti  charcoal  yang menjadi trademark myBurgerlab juga dikatakan sebagai faktor pendorong kepada respons yang mereka terima daripada pelanggan.

Boleh dikatakan, jika ada burger baru yang di myBurgerlab… pasti ramai yang akan mencuba dan berpuas hati dengan burger – burger mereka.

Macam mana? Teringin nak cuba..?

jom kita ke myBurgerlab sekarang… Oh iya, cepat!! Burger Nasi Lemak Rendang ini juga merupakan menu ‘seasonal’  oleh myBurgerlab bersempena dengan bulan kemerdekaan ini..

Burger ini tidak akan digunakan sebagai menu utama di mana – mana cawangan myBurgerlab selepas ini.