Makan Di mana? Jom Cuba Ayam Gepuk Pak Gembus di Gombak



Nak makan di mana? Apakata jom cuba Cuba Ayam Gepuk Pak Gembus di Gombak. Katanya sambal dia pedas dan sedap sampai menangis. Bagi mereka yang berada di sekitar Gombak dah cuba belum?

Terletak di Batu 5, Gombak terdapat sebuah gerai yang menghidangkan ayam gepuk dan sambalnya dikatakan berapi dan mantap sungguh! Sesiapa yang tak tahan pedas memang tak disarankan untuk mencubanya.

Tapi bagi sesiapa yang sanggub menyahut cabaran Pak Gembus, datanglah cepat ke sini kerana kebiasaannya barisan beratur memang panjang. Namun bagi penggemar makanan pedas, mereka mendakwa tahap kesedapan ayam gepuk ini memang berbaloi untuk beratur dan tunggu.

Dengar cerita siapa yang pernah pergi makan kat sini mesti akan datang balik. Ada yang pernah pergi hingga tiga kali dan kali ketiga baru dapat makan kerana sebelum itu rezeki tidak menyebelahi.

Ayam Gepuk Pak Gembus

108-134,jalan gombak,53100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 11am-10pm