Makanan "Rare" Orang Kadazandusun Sushi Ulat Sagu



Memandangkan Malaysia terdiri dari pelbagai kaum dan agama, rasanya tidak salah untuk kami kongsikan keunikan makanan tradisi oleh masyarakat Kadazandusun iaitu Shushi ulant mulong atau lebih dikenali sebagai ulat sagu.

Bagi orang Islam memakan ulat telahpun diwartakan sebagai haram kerana dianggap menjijikkan, namun kita sebagai rakyat Malaysia tidak seharusnya menjadikan isu tentang ulat sagu. 

Ramai yang mula mengeluarkan pendapat tentang ulat sagu yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam. Ok kalau dah tahu tak boleh makan jangan makan. Dah sah-sah itu makanan orang Kadazandusun. Yang korang sibuk sangat apahal sehingga menghina makanan tradisi kaum lain.

Dalam Islam makanan itu dianggap haram apabila ia memudaratkan. Banyak fatwa yang boleh kita rujuk tentang soal agama. Kami nak ulat lanjut pun tak berani, faham-fahamlah mulut netizen zaman sekarang. ustaz pun diorang selamba je cakap munafik. Hikhik

Ok apa yang uniknya tentang shuhsi ulat mulong ni?

Sebuah restoran di Sabah, D'Place Kinabalu membuat kelainan dengan menghidangkan sushi bersama ulat mulong/ulat sagu yang mana ulat itu sendiri adalah makanan tradisi kaum Kadazandusun. Ternyata menu tersebut iaitu Sushi Butod menerima pelbagai reaksi berbeza-beza daripada netizen.

Bagi penggemar sushi tegar yang ingin mencuba kelainan sushi butod ini. Persoalan seperti adakah ulat tersebut itu hidup ketika dihidangkan, bagaimana rasanya menjadikan ia sesuatu yang menarik.

Sebagai info, nama pun sushi, jadi pastinya ia tidak dimasak dan anda perlu memakannya hidup-hidup bersama sos yang disediakan. Ada yang memberi komen ianya lembut dan rasanya seperti daging ayam.

Mungkin bagi sesetengah warga Semenanjung, memakan ulat sagu adalah di luar jangkaan, namun tidak perlulah memberi komen keterlaluan seperti 'geli, jijik' dan sebagainya hingga membuatkan orang lain terasa.

********

Ulat sagu, juga dikenali dengan nama saintifik, Rhynchophorus Ferrugineus, merupakan makanan istimewa di kalangan masyarakat tempatan, termasuk Melanau Islam dan umat Islam yang lain.

Menurut Ustaz Azhar Idus pula memakan ulat sagu adalah haram! Boleh refer video di bawah untuk lebih jelas...