Mitos Berkenaan Defrost Makanan, Ini Cara Yang Sebenar

FOODIE
January 28, 2019 - 05:34 PM


Kalau anda suka memasak sendiri di rumah, pasti anda pernah berdepan dengan situasi dimana bahan-bahan mentah macam ayam, daging atau ikan membeku sebab tersimpan lama dalam peti.

Secara tak langsung, ia membantutkan penggumpulan bakteria dan melambatkan proses sesuatu bahan untuk rosak. Kebiasaannya, apabila bahan mentah ni beku, kita mesti nak defrost dulu. Tapi, adakalanya masa tak menyebelahi kita.

Kalau rujuk di internet, ada pelbagai cara mudah untuk defrost atau cara cepat untuk defrost sesuatu bahan. Tapi, kena hati-hati, bukan semuanya berguna. Ada sesetengah tu, mitos. Salah sama sekali.

Antara Mitos Defrost Makanan Yang Popular Adalah :

#1. Gunakan Air Panas / Air Suam

Tipulah kalau anda tak pernah cuba cara ni. Lagi-lagi bila mana kita lupa nak keluarkan ayam / daging daripada freezer. Balik dari kerja baru perasan. Apa lagi, tuangkan air panas dalam bekas, masukkan ayam atau daging supaya ia cepat nyahbeku.

Salah cara tu sebenarnya. Boleh mendatangkan sakit nanti. Sebabnya, lagi lama sesuatu makanan berada pada suhu berbahaya (antara 4 darjah Celsius hingga 80 darjah Celsius), ia lagi mudah menyebabkan kita sakit.

Cara yang betul untuk defrost adalah; masukkan dalam microwave oven. Kalau perasan, ada tetapan defrost pada microwave kita tu. Ini lagi selamat kalau kita nak defrost sesuatu bahan dan dalam masa yang cepat.

 

#2. Rendam dalam air bersuhu 60 darjah Celsius.

Ha, cara ini tak salah. Mitosnya adalah semua benda boleh gunakan formula ini! Sebenarnya, yang boleh gunakan formula ini untuk defrost hanyalah potongan-potongan kecil ayam atau daging. Masukkan dalam plastic ziplock, kendian panaskan dalam 10 hingga 20 minit sahaja. Tak perlu lama-lama.

Jangan biarkan daging/ayam. Kena tengok selalu. Lagi satu, dalam tempoh 10-12 minit, bakteria tak sempat nak membiak.

Tapi ingat, ia untuk potongan-potongan kecil je. Kalau nak tahu suhu selamat dan bahaya sesuatu bahan, boleh rujuk di sini.

 

#3. Makanan yang dah defrost, kalau dibekukan semula selamat

Katalah, anda dah defrost ayam. Tiba-tiba tak jadi nak masak. Tukar kepada benda lain. Ayam tadi, sebenarnya tak elok kalau dibekukan semula. Tak selamat.

Menurut USDA, kalau lebihan bahan atau makanan yang terdedah pada suhu bilik selama 2 jam, kena pulak hari yang panas, memang tak selamat untuk dibekukan kembali walaupun lepas satu jam. Bakteria dah sempat membiak.

 

#4. Nyahbeku atas meja pada suhu bilik

Ini rasanya ramai yang lakukan kesalahan ni. Tinggalkan makanan, tak kiralah beku atau makanan lebihan pada suhu bilik lepas daripada dua jam. Selepas dua jam, biasanya bakteria-bakteria jahat akan mula membiak.

Jadi, lepas ni jangan biarkan ayam, daging atas meja untuk defrost.

Tengok video ini untuk dapatkan penjelasan dan cara yang betul nak defrost sesuatu bahan.