NY Steak Shack Dah Ada Sizzing Steak Special Edition, Memang Padu Beb! Anda Dah Cuba?

FOODIE
January 19, 2018 - 05:56 PM


Baru-baru ini, restoran NY Steak Shack yang merupakan restoran fast casual yang diinspirasikan oleh salah sebuah bandaraya yang popular iaitu New York telah memperkenalkan menu sizzling yang terbaharu.

Sizzling Steaks SE, merupakan menu sizzling steak yang menggunakan daging yang empuk yang dihidangkan atas hot plate yang dilapiskan oleh hirisan bawang segar dan juga jagung.

Untuk minuman, NYSS juga telah memperkenalkan tiga minuman mocktail buah-buahan segar yang boleh dinikmati bersama Sizzling Steak. Anda boleh memilih antara Orange Breeze, Minty Lime Cooler ataupun Lemonade Zest.

Untuk menu Sizzling Steaks Special Edition ini, ia telah bermula dari 8 Januari 2018 hingga 11 Mac 2018. Untuk pilihan bahagian steak, 3 pilihan disediakan sama ada ribeye, striploin ataupun T-bone masing-masing dengan pilihan 200g atau 300g bermula daripada RM42.90 termasuk GST.

Selain daripada steak, NYSS juga menyediakan pelbagai pilihan burger, shakes, salad, sup serta pasta dan nasi yang menyelerakan. Yang lebih penting NYSS adalah pemegang sijil Halal daripada JAKIM. Jadi tak perlu nak ragu tentang restoran ini. Memang Halal. 

Kalau korang semua nak try, bolehlah ke rangkaian restoran Ny Steak Shack yang ada di lokasi-lokasi berikut

  1. Mid Valley Megamall
  2. Sunway Velocity
  3. SOGO
  4. Melawati Mall
  5. Sunway Pyramid
  6. 1Utama
  7. Subang Parade
  8. AEON Shah Alam
  9. IOI City Mall
  10. Alamanda Putrajaya

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen ataupun menu baru dari NY Steak Shack, anda boleh ke FB mereka :