Pelbagai Masakan Istimewa Kepulauan Melayu Di Bufet Ramadan Sama-Sama Hotel KLIA

May 22, 2018 - 10:49 AM


Setiap hari, orang ramai dilihat gemar ke bazar Ramadan untuk mencuba pelbagai juadah daripada gerai-gerai yang ada di sana. Boleh dikatakan setiap tahun, sambutan di bazar Ramadan tiap kali menjelang bulan puasa adalah sangat mengalakkan.

Jika anda dah muak ke bazar dan inginkan suatu kelainan di bulan Ramadan ini, Sama-Sama Hotel KLIA adalah antara salah satu lokasi yang anda patut cuba. Selain dapat menjamu selera dengan pelbagai sajian warisan nusantara, anda boleh menikmati pemandangan kapal terbang daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang terletak berhampiran dengan hotel.

Untuk tahun ini, Sama-Sama hotel menyediakan promosi buffet buka puasa di ruang legar hotel. Dengan tema ‘Selera Warisan Nusantara’, semua juadah istimewa disediakan khas oleh pasukan kulinari hotel yang diilhamkan dari konsep Kepulauan Nusantara.

Apa yang menarik disini adalah pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan yang disediakan bak konsep gerai di bazar Ramadan dan terdapat stesyen masakan secara live oleh pasukan kulinari Sama-Sama Hotel.

Seperti kebiasaan dan mengikut sunnah, sesi berbuka boleh dimulakan dengan pelbagai jenis kurma yang terdapat di gerai kurma. Terdapat kurma jenis Ajwa, Mariami, Mabroom dan Safawi.

Pengembaraan Selera Warisan Nusantara boleh dimulakan dengan gerai negara Indonesia yang menyediakan sajian Nasi Ambang asli Jawa. Kemudian, bolehlah ke Singapura pula untuk mencuba keenakan masakan dari wilayah Temasik iaitu Ketam Cili Clay Pot.

Jika anda meminati masakan Thai pula, ada disediakan sajian jalanan yang cukup popular iaitu Goi Pad Krapao.

Tidak lengkap rasanya jika anda tidak mencuba juadah kegemaran tempatan seperti Kari Ikan Berbendi dan daging masak cili padi.

Jika anda meminati masakan secara langsung pula, ada disediakan beberapa gerai yang terletak diluar. Pengunjung boleh menikmati hidangan seperti Sate, Ikan Bakar, dan juga Tandoori India. Tidak lengkap rasanya kalau tiada Kambing Golek.

Sebagai pencuci mulut, pelbagai jenis kek dan pencuci mulut tempatan seperti Ais Kacang, Ais Krim Potong dan banyak lagi pasti mengiurkan para pengunjung yang datang berbuka puasa di Sama-Sama Hotel.

Untuk pencinta Raja Buah, anda boleh mengunjungi gerai durian dan kopeklah seberapa banyak durian yang anda mahu.

 

Promosi bufet buka puasa Selera Warisan Nusantara ini disediakan sepanjang bulan Ramadan dari pukul 6 petang hingga 10 malam. Dengan harga RM135 pada hari biasa dan RM99 pada hujung minggu.

 

 

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, hubungilah Bahagian Jualan di talian +603 8787 3333 atau melalui e-mel : [email protected]