Resipi Asam Pedas Kulit Tembikai - Dengar Macam Pelik, Tapi Rasa Dia... Umphhh..!



Kedengaran pelik, ye pelik buat Aj ye. Asam Pedas Kulit Tembikai. Sepanjang hidup ni, inilah pertama kali terjumpa masakan ni. Itu pun, masa beraya dekat rumah makcik saudara dekat Kedah haritu.


Ini asam pedas biasa...

Mula-mula ingat diorang bergurau. Tapi, bila tengok balik, memang kulit tembikai tu dibuat asam pedas. Rasanya? Boleh kata macam makan timun. Tapi sedaplah, sebab asam pedas kan! Hehe…


pastikan bahagian kulit yang hijau tu dibersihkan, macam contoh ni...

Disebabkan haritu taknak makan sangat, harini rasa rajin pulak nak share resipi Asam Pedas Kulit Tembikai ni. Cumanya, ini perkongsian sahaja lah. Kalau ada mana bahan-bahan terlebih atau terkurang tu, mohon maaf lah ye.

Korang perlukan :

  • Sebiji tembikai ambil kulitnya sahaja (isinya korang makanlah)
  • 7 biji cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit ikan bilis
  • Minyak  masak
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Asam keeping

Cara-cara pembuatannya :

  1. Tembikai dibuang kulit hijaunya dan dipotong kecil.
  2. Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih.
  3. Ikan bilis ditumbuk kasar.
  4. Tumiskan bahan kisar hingga naik minyak, masukkan ikan bilis dan air.
  5. Bila mendidih masukkan kulit tembikai, garam, gula dan asam keping, masak hingga tembikai empuk dan angkat.

Ini hasilnya nanti...

Senang kan?

Oh, ini yang Aj try haritu...

Moh la try. Kalau sedap, jangan lupa bagitahu Aj. Kalau tak sedap, bagitahu jugak, maybe kita boleh godek-godek lagi resipi ni.