Resipi Bunga Durian Goreng Belacan, Kegemaran Orang Sarawak Dan Indonesia!

FOODIE
March 21, 2018 - 05:24 PM


Raja buah iaitu durian sememangnya menjadi kegilaan ramai. Tapi pernahkah anda makan bunga durian?  Ia menjadi kegemaran orang Sarawak dan juga Indonesia. Bunga durian kebiasaannya dibuat sajian sayur dan rasanya manis dan garing.

Untuk menyediakan bunga durian ni korang perlu berhati hati kerana bunga durian mempunyai lendir.

Bunga durian harus direbus atau dicelur dalam air panas selama beberapa minit sebelum memasaknya. Kemudian anda perlu toskan dan simpan ia di tempat yang kering.  

Sesudah kering, bolehlah anda goreng bunga durian tadi dengan ikan bilis dan bawang atau ia juga boleh dimasak sebagai kuah lemak. Anda juga boleh cuba resepi di bawah ini yang sememangnya menyelerakan!

Resipi Bunga Durian Goreng Belacan

Bahan-bahan:

  • 200gm bunga durian
  • 2sm belacan (dibakar dan ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • ½ cawan air Garam secukup rasa Minyak secukupnya

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili sehingga layu sedikit.

2. Kemudian masukkan belacan yang telah disebatikan dengan ½ cawan air.

3. Akhir sekali masukkan bunga durian dan kacau sehingga sebati dan tunggu sehingga kuahnya pekat.

4. Siap untuk dihidangkan!

Nota: Kalau nak tahu, bunga durian yang sedap dimakan dan ‘fresh’ berwarna putih kecerahan. Kalau ia berwarna perang, ketika memasak ia akan menjadi lembik dan berair dan tidak garing

Destination: