Resipi Mudah Butter Chicken – Spicy & Creamy!



Agak-agak kalau nak kelainan dalam masakan seharian, lagi-lagi kalau yang bujang tu, boleh la cuba resepi ‘rare’ dan sedap ni. Mana lah tahu, nak buat surprise untuk tersayang pun boleh. Butter Chicken, siapa yang tak suka betul tak?

Kalau korang nak cuba dan tengah cari resipi mudah butter chicken, boleh cuba resipi butter chicken creamy dan spicy kami jumpa ni. Macam biasa lah, kalau sedap, kongsikan. Kalau tak menjadi, cuba lagi sampai jadi. Hehehe

 

Resipi Mudah Butter Chicken Creamy

Ada dua bahagian resipinya, satu penyediaan ayamnya, dua sosnya.

Untuk proses membuat Butter Chicken:

Bahan-Bahan untuk penyediaan Ayam –

  1. Ketulan Isi Ayam – dipotong kiub sebesar ibu jari
  2. Tepung gandum
  3. Kunyit
  4. Garam

Cara-Caranya :-

  1. Ayam digaul bersama garam dan kunyit (macam nak goreng biasa)
  2. Gaulkan dengan tepung gandum
  3. Goreng macam biasa

Cara Membuat Sos Butter :-

Bahan Menyediakan Sos Untuk Butter Chicken :

  1. 2 sudu besar butter
  2. 1 tangkai daun kari
  3. 1 labu bawang besar
  4. 3 ulas bawang putih
  5. 1 cawan susu cair
  6. 4 tangkai cili api (taknak pedas, takpayah tambah)
  7. 3 sudu besar cooking cream
  8. Garam
  9. Gula

Cara-cara membuat Sos Butter Untuk Butter Chicken :-

  1. Masukkan butter dalam kuali yang dah dipanaskan
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
  3. Masukkan susu cair dan cooking cream. Biarkan mendidih dan gaulkan perlahan-lahan sampai memekat.
  4. Masukkan ayam, gaulkan hingga sebati
  5. Tambah garam dan gula (kalau perlu)
  6. Siap! Tangkap lah gambar untuk masuk ke Instagram. Hehehe