Rileklah X Japan: Menikmati Wagyu Beef Halal di Kobe, Jepun



Kobe FAM Trip: Menikmati Wagyu Beef Halal di Kobe, Jepun. Bulan lepas kami sempat join FAM trip ke Kobe, Jepun. Walaupun penat sebab baru habis trip ke Scandinavia tapi kami tetap pergi ke Jepun sebab Jepun tak pernah membosankan. Terlalu banyak tempat di Jepun yang ingin kami lawati.

Untuk entri kali ni kami kongsikan tentang Kobe Beef. Walaupun dah hampir sebulan trip ini berlalu  namun keenakkan daging Kobe ni masih lagi segar dalam ingatan. Kami rasa ini lah daging yang paling sedap yang penah kami cuba setakat ini.

Memang betulah orang kata Kobe Beef memang lain dari yang lain. Di sebalik kesedapan daging Kobe pastinya tersimpan rahsia yang membuatkan daging ini rasa sedap sebegitu. Bagi mereka yang dah rasa Kobe Beef kami pasti korang akan bersetuju bahawa daging Kobe ni antara daging paling sedap di Dunia

Kobe Beef!!

Kobe beef adalah yang daging yang paling popular di antara variasi terlaris Wagyu beef. Kombinasi tekstur halus, rasa manis kemerahan daging dan kesedapan rasa dan haruman lemak meletakkan ia ke status paling digemari di kalangan penggemar makanan serata dunia.

Kualiti Tajima beef dinilaikan berdasarkan skala 5 markah yang mengambil kira index marbling (jumlah kandungan lemak dalam daging), tekstur, kepadatan, jumlah bahagian yang boleh dimakan dan banyak lagi.

Daging halal Tajima amat terhad untuk diperolehi. Hanya sejumlah kecil lembu terpilih yang disembelih secara halal dan diiktiraf sebagai "Halal Kobe Beef". Sebab itulah ianya amat terhad untuk mendapatkannya.

Rahsia Kesedapan Daging Kobe!

Kobe beef adalah sejenis daging lembu yang bertekstur halus, dengan ciri kemanisan dan kepejalan padat menghasilkan rasa haruman lemak yang seakan cair di dalam mulut.

Rahsia kesedapan daging ini terletak pada sejenis lemak "shimofuri" yang bercantum silang pada unjuran dalam tekstur daging Kobe ini.

Kandungan lemak "sashi" secara semulajadi akan mencair pada suhu rendah. Maksudnya ia mencair apabila berada di dalam mulut dan secara amnya perut takkan terasa terlalu kekenyangan.

Kehadiran kandungan asid "inosinic" dan "oleic" yang banyak telah membuktikan secara saintifik adalah faktor utama yang menyumbang ke arah kesedapan dan kualiti Kobe Beef ini.

So korang kalau pergi ke Kobe tolonglah try Kobe Beef ni weh. Memang recommended sangat. Kalau dulu orang kita takut nak makan Kobe Beef dekat Jepun tapi sekarang jangan risau sebab Kobe Beef dekat Jepun banyak yang halal dah. So far ada lebih kurang 10 restoren di Jepun yang sediakan Kobe Beef halal.

Ramai yang berpendapat Kobe Beef ni tak halal sebab lembu yang di bela di beri minum wine atau arak dan cara penyembelihan yang tidak mengikut cara islam. Korang silap ni!!! Jepun sekarang memang tengah bangunkan pelancongan untuk muslim. Jadi diorang akan sediakan khas untuk muslim makanan halal dan di iktiraf oleh Halal National Mark by ESMA, UAE dan juga Islamic Center Japan!

Cara penyembelihan pula memang mengikut adat orang Islam. Tentang lembu yang di beri Sake atau Beer tu memang betul. benda tu kira yang tradisi diorang tapi untuk lembu yang halal diorang gerenti tidak ada sedikit pun lembu di beri beer atau alkohol.

Yang membezakan Kobe Beef Halal dan Non Halal adalah cara penyembelihan! Halal beef disembelih dengan nama Allah.

Di mana nak beli daging Kobe yang halal?

Ok korang boleh beli di TATSUYA store di Kobe. Ataupun korang boleh ke www.halalmediajapan.jp untuk info lanjut tentang produk halal di Jepun. Selain itu korang boleh juga download applikasi Halal Gourmet Japan.

Kalau ragu-ragu lagi restoren yang sediakan kobe beef halal akan pamerkan sijil halal seperti contoh di bawah ni.

Thanks to:

FAM Trip ini di bawakan khas oleh Kobe Tourism Bureau!!! Thanks for invite me to Kobe. Stay tune for our next posting about what to do and place to go in Kobe, Japan!