Sambal Belacan Epal Hijau Resipi Wajib Cuba Nih




Zaman sekarang ni macam-macam boleh dibuat menggunakan bahan yang sama. Terbaharu resipi viral adalah sambal belacan epal hijau. Tekak orang Malaysia ni sambal belacan dengan nasi memang tak boleh di pisahkan. 

Biasa kita denga sambal belacan buah quini, manga dan betik. Kini kami kongsikan resipi sambal belacan dengan epal hijau. Kira mat salleh sikit lah guna epal hijau buat sambal belacan.

Penggemar sambal belacan wajib mencubanya. Sekali cuba memang terangkat ke bulan bintang. Ianya sedap bila dimakan dengan nasi panas ikan goreng, kuah singgang, petai dan ulaman.

Resipi sangat simple tapi konfem meleleh air liur. Jom layan resipi ini.

Bahan-bahan:

  • Cili besar 2-3
  • Cili kecil 5-10 bergantung level pedas korang bole layan
  • Belacan sebesar ibu jari
  • Hirisan halus epal hijau
  • Perasa garam gula

 

Cara-cara membuatnya:

1. Tumbuk cili besar, cili kecil dan belacan sehingga lumat.

2. Kemudian masukkan garam dan gula. Tumbuk lagi.

3. Masukkan pula hirisan epal dan tumbuk lagi.

4. Sedia untuk dimakan

Mudah je kan? Selamat mencuba! -

Rujukan dari Sedapnya Makan Di Rumah