Sambal Tumbuk Ikan Bilis Sahur Dan Berbuka 2 Minit



Bulan puasa ni macam-macam resipi muncul. Terpulang kepada kita je nak buat ke tak nak. Kali ini kami kongsikan sambal ikan bilus tumbuk. Hanya ambil masa 2 minit sahaja untuk siapkan. Sesuai untuk buat juadah sahur sebab cepat.

Mudah sahaja, jom masuk dapur!

Bahan-bahan:

  • 3 biji bawang merah
  • 15 biji cili api
  • Sedikit ikan bilis (digoreng)
  • Minyak untuk menggoreng Secubit Garam

Cara-cara

1.Gorengkan bawang dan cili api sampai layur. Kemudian goreng garing ikan bilis tadi.

2.Masukkan semua bahan yang dilayur tadi, sedikit garam dan tumbuk sedikit lumat. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan tumbuk kasar.

3. Dah siap! Makan dengan nasi panas dan ulam- ulaman pasti sedap! Ringkas dan sesuai untuk anda yang sibuk namun masih mahu memasak untuk ahli keluarga

Selamat mencuba!