Suka Makan Kuih? Kafe Di Shah Alam Ini Mempunyai Lebih Dari 40 Jenis Kuih Setiap Hari!

FOODIE
February 15, 2021 - 04:04 PM


Kuih merupakan makanan feveret rakyat Malaysia tak kiralah untuk sarapan, makan tengahari, minum petang, atau makan malam. Majoriti dari rakyat Malaysia pasti akan makan sekurang-kurangnya 1 jenis kuih setiap hari. Seperti mana yang korang tahu, negara kita ni mempunyai pelbagai kaum dan bangsa, jadi sudah semestinya terdapat pelbagai jenis kuih yang kita boleh cuba. 

Kalau korang teringin nak makan kuih-kuih tersebut, korang boleh singgah di sebuah kafe yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam ini. Kafe ini menyediakan lebih dari 40 jenis kuih setiap hari tau! Cuba korang teka apa nama kafe ini? Nama kafe ini memang kena dengan specialty mereka iaitu Kueh. Ada banyak sangat kuih sampai tak tahu nak pilih yang mana?

Jangan risau, korang boleh ambil Kueh Platter dan pilih 20 jenis kuih pilihan korang untuk makan sendiri atau berkongsi dengan rakan dan pasangan korang. Selain dari kuih, kafe ini juga mempunyai pelbagai makanan tempatan seperti Nasi Lemak dan Laksa Utara. Korang juga boleh beli biskut dan cookies yang dijual di sini, memang banyak pilihan la senang cerita.

Jadi kalau korang teringin nak cuba kuih muih yang korang tak pernah tengok atau dengar pun nama mereka, bolehlah pergi ke kafe ni. Memang sangat sedap kuih muih di sini dan yang paling best, harga pun sangat berpatutan. Tapi  ingat, korang kena jaga SOP yang ditetapkan okay? 2 orang je satu meja tau. Untuk yang duduk di daerah lain, boleh tunggu bila wabak COVID-19 dah reda untuk datang ke kedai ini. 

Alamat: No 6 Jalan Renang 13/26 Seksyen 13, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor

Facebook | Instagram

Destination: