Wajib Terjah 10 Kedai Ni Nanti! - Sekinchan Syurga Segala Makanan

FOODIE
August 02, 2023 - 03:53 PM


Korang mesti dah bosan-kan bila jalan-jalan cari makan di sekitar Kuala Lumpur dan dah terasa jemu dengan makanan yang dah biasa kita makan dan harganya pula mahal. Kalau setiap minggu JJCM mau botak kepala sikit-sikit.

Pernah tak korang terfikir untuk lajak sedikit daripada kota raya KL untuk merasai pelbagai makanan menarik, sedap dan murah? Di mana? Mestilah di Sekinchan, Selangor! 

Tak perlu sakit kepala kalau nak ke Sekinchan ni kerana trafiknya tak sibuk dan hanya mengambil masa 1 jam 30 minit sahaja untuk ke daerah ini. Sepanjang perjalanan ke sini korang akan nampak bermacam-macam kedai makan yang korang rasa nak singgah je setiap satu kedai tersebut.

Jika merancang untuk ke sana, pastinya korang ingin tahu tempat-tempat makan menarik yang boleh dijumpa di Sekinchan. Mari min kongsikan 10 tempat makan menarik di Sekinchan.

1. Hay Celup Tepung Selambak

Resepi celup tepung ni dibawakan khas dari Terengganu untuk orang Kuala Lumpur dan Selangor. Dah tak perlu redah perjalanan lima jam pergi Terengganu dah.

Celup tepung lokasi kali ini lebih luas dan strategik. Dekat sini boleh melantak sotong, udang dan bermacam makanan celup tepung! Portion dekat sini berlambak memang penuh satu pingan. Cicah pula dengan sos Ganu dan sos Thai, marvelous!

Antara top-seller yang terdapat di Hay Celup Tepung Selambak ni adalah :

  • Udang celup tepung selambak
  • Sotong celup tepung
  • Udang harimau

Set dulang selambak tu paling laku tau. Macam-macam benda yang terhidang dalam dulang dan disediakan bersama nasi puth. Ngam!

Alamat : Lot 14210A, Jalan Besar, Tali Air 6, Kampung Sungai Leman, Sekinchan, Selangor

Waktu operasi : 1 petang hingga 10 malam (Selasa - Ahad, Isnin cuti)

No. telefon : 011-6939 4157

2. Burger Stop Western & Grill

Hidden spot dekat Sungai Besar, Selangor ! Nikmati makanan western di tepi sawah padi menghijau. Berangin dan terasa aman melihat pemandangan sawah padi yang bening hijau sambil menikmati hidangan. Santai minda dihujung minggu orang kata.

Burger Stop Western & Grill terkenal dengan makanan barat seperti spaghetti, meatball, chicken chop dan pelbagai jenis lagi makanan berasaskan western yang lain pada harga sangat murah. Jika anda penggemar makanan barat, min memang recommend sangat tempat ni.

Alamat : Parit 7 1/2 Timur Jalan Baru, Kampung Sungai Panjang, 45300, Sungai Besar, Selangor

Waktu operasi : 3 petang hingga 10 malam (Rabu - Ahad, Selasa cuti)

No. telefon : 011-3533 5893

3. Gerai Rojak Shamal

Gerainya kecil sahaja dan tak sebesar kedai-kedai atau restoran viral yang lain. Tapi menunya cukup menambat hati walaupun menu utamanya hanyalah rojak. Sini punya rojak memang padu, serius!

Menunya hanya laksa, mee rebus, mee kari, rojak ayam, rojak buah dan kalau korang hanya order sepinggan memang tak cukup. Min yakin korang akan bertambah-tambah bila makan di sini.

Alamat : Jalan Terusan Utama, 45300, Sungai Besar, Selangor

Waktu operasi : 12 tengahari hingga 5 petang (Isnin - Sabtu, Ahad cuti)

4. Hay Kafe 

Tempat dia di tengah-tengah ladang padi, boleh makan sambil tengok padi yang hijau-hijau. Tak kisah la duduk dalam kafe atau luar, pasti terpikat dengan pemandangan yang indah.

Macam-macam jenis menu bermula dari Nasi Lemak Ayam Rempah sehingga pasta, minuman Niko Neko dan pilihan kek yang sedap. Suasana yang best, nyaman, sesuai untuk bergambar. Wajib singgah kalau anda berada di Sekinchan! Kafe ni terletak dekat dengan Mango King, jadi lokasinya tak susah dicari.

Alamat : Jalan Tali Air 5, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu operasi : 9 pagi - 4.30 petang (Sabtu - Ahad, Isnin cuti)

No. telefon : 011-1026 6965

5. Laman Tebu Aidil Orkid

Jadi kalau anda penduduk di sekitar Selangor atau Lembah Klang yang teringin nak cuba sendiri pengalaman minum air tebu segar di tengah-tengah rumpun pokok tebu seperti ini, datang-lah ke Laman Tebu Aidil Orkid ni. 

Korang dapat merasai keenakan air tebu fresh yang ditanam sendiri di tengah-tengah ladang pokok tebu tau! Lokasi ini sangat sesuai untuk korang kunjungi bagi minum dan makan-makan secara santai sambil menghirup udara segar sawah padi dan ladang tebu.

Menariknya gerai di sini menyajikan menu-menu yang ringkas tetapi sedap, antaranya kepak dan tongkeng ayam madu, laksa, nasi lemak, nasi impit ayam, air tebu dan buah-buahan serta banyak lagi.

Alamat : Lot 14307, Jalan Tali Air 4, 45400, Sekinchan, Selangor

Waktu operasi : 2 petang hingga 7 malam (Setiap hari)

No. telefon : 019-253 1566

6. Bus Cafe Sekinchan

Walaupun dengan nama yang ringkas, Bus Cafe Sekinchan ini antara tempat makan yang menjadi tarikan ramai. Mana taknya, kafe ini terletak dalam sebuah bas. Bas ini telah diubah suai untuk menjadi sebuah kafe yang menyajikan pelbagai hidangan. 

Antara makanan yang disediakan di sini ialah Chicken Chop yang dihidangkan bersama pasta. Pasta lain juga ada di sini seperti carbonara dan aglio olio. Jika anda sukakan ayam goreng Korea, mereka pun ada.

Pencuci mulut di sini juga tidak kurang hebat dengan variasi kek yang menjadi kegemaran ramai. Tetapi yang paling istimewa di sini ialah minuman mereka. Mereka menghasilkan koleksi teh dan kopi tersendiri yang didatangkan dalam bentuk botol kaca. Classy!

Terdapat 5 minuman yang dibrew sendiri iaitu Honey Citron Tea, Honey Lemon Pea Flower, Rosemary Green Tea, Iced White Coffee dan Iced Black Coffee.

Alamat : F4V7+7V, Kampung Parit Empat, 45400 Tanjong Karang, Selangor

Waktu operasi : 11.30 pagi hingga 7 malam (Jumaat - Ahad sahaja)

No. telefon : 012-809 2216

7. AZR Mentarang Fresh Sekinchan

Mentarang memang cukup popular di Sekinchan. Buat pengetahuan korang, mentarang ialah sejenis haiwan laut yang berkerang. Di AZR Mentarang Fresh Sekinchan, ia dimasak dalam keadaan segar tau.

Jadi, bagi anda yang baru nak cuba buat pertama kali, memang sesuai rasa di sini. Mentarang yang fresh dimasak dengan cara berbeza-beza. Boleh pilih untuk bakar, masak lemak dan lain-lain masakan selera kampung akan membangkitkan lagi kemanisan mentarang.

Special-nya kat sini, dorang ada belangkas tau! Makanan laut lain juga ada di sini. Ikan siakap 3 rasa, kerang bakar, ketam nipah masak cili api adalah antara hidangan yang menjadi kesukaan ramai.

Alamat : Jalan Tali Air 7, Kg Sg Leman, 45400 Sekinchan, Selangor

Waktu operasi : 11 pagi hingga 8 malam (Setiap hari)

No. telefon : 017-859 6328

8. Sekinchan Coconut Farm

Terletak di dalam ladang kelapa, kafe di Sekinchan Coconut Farm bukan sahaja menawarkan pemandangan yang cantik, malah menu mereka dengan mempelbagaikan buah kelapa turut menarik.

Korang boleh menikmati buah kelapa fresh di sini, atau rasa air kelapa pandan yang dijual dalam botol. Selain itu, mereka juga menyajikan coconut shake yang sangat sedap.

Antara makanan yang ada di sini adalah rojak, nasi lemak dan ah mah kuih. Walaupun kafe dipunyai oleh peniaga cina, jangan risau, rojak dan nasi lemak dimiliki oleh peniaga melayu dan makanan-makanan di sini adalah halal.

Alamat : Lot 14307, Jalan Tali Air 4, Sekinchan, 45400, Selangor Darul Ehsan.

Waktu operasi : 10am-5pm (Sabtu & Ahad sahaja)

No. telefon : 017-745 1263

9. Chef Danial Halal Chinese Cuisine

Untuk yang mencari kelainan di Sekinchan dan suka dengan masakan cina, bolehlah singgah ke Chef Danial Halal Chinese Cuisine. Dimulakan oleh Chef Danial Abdullah yang berpengalaman bekerja di Holiday Inn Subang Jaya selama 15 tahun. Kini, beliau menyediakan makanan masakan cina yang murah dan halal.

Antara masakan yang menjadi signature di sini ialah sup ketam, ayam masak gajus dan cili kering, ikan stim teow chew, dan udang butter. Mereka juga menyajikan makanan lain seperti nasi ayam Hainan, Yee Mee, Wantan Mee dan Mee udang yang digelar Har mee. 

Alamat : Jalan Masjid, Kampung Parit Empat, 45400, Sekinchan, Selangor

Waktu operasi : 12 tengahari hingga 10 malam (Selasa - Ahad, Isnin cuti)

No. telefon : 017-351 4167

10. Mee Bandung Udang Pantai BM

Ramai pelanggan suka datang ke sini pada sebelah petang dan malam untuk menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Menu yang dihidangkan di sini juga sedap-sedap belaka. Specialty mereka sudah tentu mee bandung udang.

Kerana lokasinya yang berdekatan dengan laut, sudah tentu hidangan mereka juga berasaskan makanan laut. Selain mee bandung udang mereka, terdapat juga hidangan laut lain seperti sup belut yang menjadi antara kegemaran pelanggan. Nasi putih bersama lauk-pauk dan masakan panas juga ada di sini.

Alamat: Kampung Batu 23, Sungai Nibong, 45400, Sekinchan, Selangor

Waktu Operasi: 12 tengahari hingga 10.30 malam (Setiap hari) 

Banyak sebenarnya kedai-kedai makan dan restoran yang memang sedap dan sering menjadi tumpuan apabila pengunjung dari luar Sekinchan bila dah ke sini. Ini yang min tahu, mungkin ada banyak lagi tempat makan best di sana. Sekinchan ni memang syurga makanan weh!

Kredit gambar : Jalan-Jalan Cuti Santai

Destination: