Mana Hilangnya ‘Tall, Dark & Handsome’ Khairy Jamaluddin!

TERKINI
February 22, 2019 - 05:09 PM


Siapa yang tak kenal dengan Khairy Jamaluddin, bekas Menteri Belia dan Sukan yang terkenal dengan gelaran ‘Tall, Dark & Handsome’.

Dulu, beliau yang mesra disapa KJ merupakan lelaki idaman gadis satu Malaya.

Personaliti berkarisma beliau, pilihan fesyen yang sentiasa stylo dan gaya hidup beliau sentiasa fit menyebabkan KJ menjadi idola para wanita mahupun lelaki.

Tetapi, malam semalam KJ mengejutkan netizen apabila beliau pertama kali tampil dengan imej yang agak selekeh ketika memberikan ceramah politik di Semenyih, Selangor sempena Pilihan Raya Kecil yang bakal berlangsung.

Dalam live video yang dimuatnaik di laman Facebooknya, KJ dilihat menyimpan jambang dan berambut panjang hingga menampakkan wajahnya kelihatan agak tua.

Agaknya apa yang telah terjadi kepada KJ? Ke mana hilangnya ketampanan beliau yang buat ramai gadis cair dan ‘jatuh cinta’ kepadanya.

Aduh, kecewanya hati hamba wahai Abah!