Nak Selfie Nampak Meletop? Cuba 5 Trik Ini!

GAYA HIDUP
February 21, 2019 - 01:31 PM


Siapa yang suka selfie? Yang perempuan jangan buat-buat tak mengaku ya.

Rileklah, siapa tak suka selfie, kan? Kadang lelaki pun boleh tahan juga tahap selfie dorang. Tapi yang penting sebagai wanita, selfie kita tetaplah kena lagi letop, baru ramai follower like.

Jadi, macam mana nak nampak cantik untuk hasilkan selfie ala-ala supermodel? Apa kata korang cuba 5 trik tatarias ini.

#1. Pelembap dan primer. 

Kalau rasa malas nak mekap semata-mata nak ambil gambar selfie, korang boleh je oleskan pelembap atau primer pada wajah. Ia boleh memberikan kesan lebih segar dan wajah pun tampak lebih bermaya. Jadi takde la selfie korang nampak pucat macam mayat.

Korang cubalah L'Oréal Paris Base Magique Transforming Smoothing Primer. Power produk ini, ia cepat menyerap ke dalam pori-pori wajah dan menghilangkan garis-garis halus serta mengurangkan kulit bersinar.

#2. Pelembap bibir & gincu

Bila selfie mesti kena senyum atau nak pose ala-ala ‘duckface’, betul tak? Jadi bibir tu janganlah biar hitam kusam. Pastikan korang sapu pelembap bibir terlebih dahulu sebelum pakai gincu bagi mengelakkan bibir kering atau kelihatan pecah-pecah.

#3. Concealer 

Gunakan concealer satu tona lebih cerah dari kulit asal korang untuk mencerahkan wajah. Ia sebenarnya sangat penting untuk membuatkan mata kelihatan terbuka dan lebih menyerlah apabila anda menggunakan highlighter pada tulang pipi.

Lepas tu time selfie, tundukkan sedikit wajah dan berpaling ke sisi. Korang akan dilihat seakan memandang kamera dari bawah dan sekaligus menjadikan kedua-dua mata lebih menawan.

#4. Maskara

Ramai yang selalu mengenakan maskara hanya pada bulu mata atas, sedangkan yang paling elok adalah memakainya pada kedua-dua belah bulu mata. Dua kali di bahagian atas dan sekali sahaja di bahagian bawah. Barulah solekan korang nampak pop-out dan mata kelihatan besar.

Bila nak selfie, rona maskara terbaik adalah hitam pekat dan L’oreal Paris ada pelbagai produk maskara yang boleh korang cuba. Baru lebih lentik bulu mata korang dalam gambar.

#5. Pemerah pipi

Jika tak nak nampak pipi korang nampak tembam dalam gambar, apa kata sapukan sedikit pemerah pipi pada tulang pipi. Ia akan menyerlahkan bentuk tulang pipi dan membuatkan wajah tampak segar.

Tidak perlu terlalu merah untuk nampak natural. Bagi si kulit cerah boleh cuba rona merah jambu manakala untuk si hitam manis rona pic sesuai untuk korang.