Makanan Untuk Mereka Yang Terlalu Sibuk!

GAYA HIDUP
March 09, 2018 - 11:00 AM


Tak dapat dinafikan, ramai antara kita yang kerja dari pagi hinggalah ke petang. Ada juga yang kadang-kadang waktu makan pun terkejar-kejar sebab terlalu sibuk.

Sekiranya pekerjaan korang tu adalah sesuatu yang ‘fast-pace’, semestinya korang jarang dapat waktu rehat atau makan yang secukupnya. Jadi, sudah semestinya akan ada yang simpan ‘stock’ makanan dalam laci atau pantry di pejabat tu kan?

Okay, kalau korang tak ada idea nak beli apa untuk alas perut atau sebagai makanan berat anda, kami ada idea untuk anda. Ini antara makanan-makanan yang korang boleh standby : 

 

#1. Roti

Jika anda inginkan sesuatu untuk mengisi perut dan berkhasiat, anda boleh memilih untuk makan roti. Sama ada makan begitu sahaja macam lagu Gardenia tu, ataupun cicah dengan air atau sapukan kaya.

Kalau dah bosan, sekali sekala makanlah dengan tuna atau baked bean.

 

#2.  Biskut ‘kering’ 

Untuk yang ini, bergantung pada anda untuk beli biskut jenis apa. Ikut selera masing-masing. Kebanyakkan jenama biskut sekarang dah ada dalam pek kecil. Jadi mudah nak 'seludup' masuk dalam handbag dan letak dalam laci. 

Selain mudah, korang tinggal bancuh air je untuk makan dengan biskut.

 

#3. Buah

Selain pilihan yang sihat, buah juga merupakan sesuatu yang mudah. Potong siap-siap dari rumah dan bawak aje ke pejabat dalam tupperware. Selain itu, buah ni boleh jugak dibuat untuk kunyah-kunyah kalau tiba-tiba lapar lepas lunch. Hehehehe.

 

#4. Nestum / Oat 3 in 1

Selain daripada paket yang kecil, nestum atau oat 3 in 1 ni boleh dibuat untuk isi perut. Sambil-sambil tu, kunyah la buah buahan ataupun something yang 'berat' sikit. 

Selain dapat jaga badan, korang tinggal koyak dan bancuh je air ni. Settle. 

Kalau rajin, buat overnight oat. Tambah buah atau kekacang dalam bancuhan oat, masukkan dalam peti. 

 

#5. Mi Segera

Kalau yang akhir ni, rasanya pilihan ramai. Kalau dibuat undian, mesti menang besar ni. Baik kata yang sup, mahupun digoreng.

Memang kalau nak kira, makan mi segera selalu pun tak baik untuk kesihatan. Tapi, kalau korang nak tahu, ada sejenis mi segera keluaran YOUMEE ni dia lain macam sikit.

Ada 3 perasa iaitu Green Curry Noodle, Penang Prawn Noodle Dan Sambal Cili Fried Noodle.

Selain perasa yang unik, YOUMEE tak ada bahan pengawet tambahan, tak ditambah MSG dan 100 % menggunakan bahan semulajadi (diulangi, tiada MSG, 100% bahan semulajadi).

Jadi kalau nak makan hari-hari pun tiada masalah.

 

Selain itu, YOUMEE ni juga ada keluarkan mi kosong kalau korang nak gunakan dalam masakan korang. Tinggal nak buat sup atau kuahnya aje, mi dah tersedia. Tinggal nak rendam dalam air panas je...

Kalau nak cuba, korang boleh dapatkan YOUMEE ni di Aeon Supermarket, Ben's Independent Grocer, Hero Market dan beberapa cawangan Jaya Grocer terpilih...

ataupun, beli je ONLINE di laman web dibawah : 

Untuk maklumat lanjut tentang kat mana nak dapatkan YOUMEE ni, korang boleh ke Facebook mereka :

dan ini adalah laman web mereka  : YOUMEE

Kalau nak dapatkan lebih lagi idea macam mana nak masak YOUMEE ni, boleh ke Instagram YOUMEE: Youmee_Noodles