Resipi Dorayaki Kuih Kegemaran Doraemon

FOODIE
June 08, 2018 - 02:25 PM


Ok hari ini kami nak kongsikan resipi kuih kegemaran Doraemon ni. Bila tengok Doremon makan nampak macam sedap jer kan. Ni kalau buat untuk anak-anak mesti berselera diorang makan ni. 

So korang boleh cuba. Mudah jer. 

Resipi DORAYAKI 

Kuih DORAEMON?!! Betul! Sekali sekali buat kuih jepun ni makan masa cuti2 nanti. Nikmat lain macam! Simpan dan share resepi ni 

BAHAN:

  • 1 cawan tepung serba guna (tepung gandum pun boleh)
  • ½ cawan gula halus
  • ½ camt baking soda
  • 3 camb air
  • 2 biji telur
  • 1 cambmadu
  • ½ camb minyak masak

Secukupnya kacang merah manis hancur (boleh ganti dgn coklat@ apa sahaja yang anda suka untuk dijadikan inti)

Cara- caranya

1. Masukkan gula ke dalam mangkuk adunan dan tambah gula. Kemudian pukul sebati.

2. Campurkan baking soda dan air. Kacau sehingga baking soda sebati

3. Tambahkan larutan baking soda ke dalam mangkuk adunan yang mengandungi campuran telur dan gula. Pukul rata.

4. Tambahkan tepung yang telah diayak. Gaul sebati dan rehatkan adunan selama 20-30minit. (Masa nie boleh lah hancurkan kacang merah yang da direbus manis).

5. Selepas direhatkan, jika adunan terlalu pekat, boleh tambahkan beberapa camca besar air mengikut keperluan.

6. Panaskan pan (kuali leper), lenserkan dengan minyak masak dan sudukan adunan ke dalam pan (api jangan terlalu besar nanti hangus).

7. Ulangi langkah sehingga semua adunan habis.

8. Kemudian sapukan kacang merah yang hancur tadi dan apitkan dengan kepingan dorayaki lain. 

9. Siap dan boleh di makan!

Boleh rujuk video di bawah untuk lebih faham. Tapi orang yg dah power kat dapur tengok rupa kuih je dah boleh buat dah.