Bercuti Di Melaka Serendah RM69 Sahaja Sehingga Hujung Tahun 2022!

TERKINI
April 22, 2022 - 02:02 PM


Sepanjang tahun 2022 ini, pelancong domestik kini boleh merasai pengalaman bercuti ke Melaka dengan pakej pelancongan serendah RM69 sahaja!

Tawaran istimewa itu merupakan antara yang terkandung menerusi kempen promosi ‘Melaka For Malaysian 1.0’ yang dilancarkan bermula 25 Mac hingga 31 Disember 2022.

Menerusi kempen itu, semua rakyat Malaysia berpeluang untuk bercuti di Melaka dengan pelbagai tawaran menarik antaranya :-

1) Diskaun harga sehingga 50 peratus bagi premis penginapan dan tempat tumpuan pelancong.

2) 21 pakej pelancongan yang ditawarkan dengan harga serendah RM69 seorang.

3) 40 premis penginapan pelancong yang memberikan diskaun sehingga 50 peratus dan boleh dinikmati pelancong -- merangkumi hotel bertaraf 5 bintang, hotel bajet, resort, chalet mahupun homestay.

4) Tempat-tempat tarikan di Melaka juga menawarkan diskaun sehingga 50 peratus di mana para pelancong boleh menerokai Melaka dengan harga yang lebih berpatutan, selain terdapat tawaran pembelian tiket "Beli 1 Percuma 1" yang perlu direbut sempena kempen ini.

5) Baucar diskaun sehingga 30 peratus di 30 buah restoran dan kafé yang menyertai kempen Melaka For Malaysian 1.0 yang mana baucar ini boleh didapati di kaunter Tourism Melaka.

EXCO Pelancongan Negeri Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata kempen tersebut diadakan bertujuan untuk memulihkan sektor pelancongan Melaka di samping menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini.Katanya,

Untuk rekod -- sepanjang tahun lalu, Melaka telah menerima 2.67 juta pelancong di mana daripada jumlah tersebut seramai 154,014 pelancong Perak telah datang melancong ke negeri itu.

Bagi merealisasikan sasaran 5.6 juta pelancong tahun ini -- kerajaan negeri telah mengatur Roadshow Festival Semarak Pelancongan Negeri Melaka di seluruh negara yang mana pembukaannya telah diadakan pada 25 – 27 Mac 2022 di JB City Square, Johor Bahru.

Ia diikuti Sambutan Semarak Pelancongan Negeri Melaka di Causeway Link, 15-16 April khusus bagi menyambut kehadiran pelancong Singapura ke Melaka.

Program promosi juga diadakan di Perak pada 21 April dan akan diteruskan di Kuala Lumpur, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Sumber: Melaka Hari Ini

Destination: