Dah Kena Kecam Satu Malaysia Baru Beringat! Lelaki Hina Pemergian Adibah Noor Mohon Maaf

TERKINI
June 21, 2022 - 04:35 PM


Tak tahulah kenapa, kebelakangan ni banyak individu biadap tak tentu pasal. Yang terbaru, seorang lelaki ini menghina dan meninggalkan komen jelik terhadap berita pemergian arwah Adibah Noor di Facebook.

Dikenali dengan nama Ibnu Ahmad Ar-Rayyan, lelaki itu merakamkan kemaafannya menerusi akaun Facebook terbaharu iaitu Ibnu Ahmad Ar-Rayyan III.

“Saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Adibah Noor khususnya dan kepada semua rakyat Malaysia, serta peminat Allahyarham khasnya di atas komen saya tempoh hari.

“Saya akui perkara ini atas kejahilan saya sendiri dan saya amat kesal di atas kekhilafan saya.

“Saya berjanji tidak mengulangi lagi di masa hadapan, Insya-Allah. Moga roh Adibah Noor ditempatkan dalam kalangan para solehah,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Ibnu turut memaklumkan semua akaun Facebook telah disekat.

“Tak pasti dapat kembali atau tidak. Sekali lagi saya mohon jutaan ampun dan maaf. Tolong tularkan status saya,” katanya lagi.

Budi bahasa budaya kita, ingat!

 
Destination: