12 Jam Hiburan Tanpa Henti Sempena Hari Malaysia di REMPAH2018 Cyberjaya



Masih tiada sebarang perancangan untuk hari Malaysia nanti? jangan risau warga kota, bertempat di Cyberjaya satu karnival besar-besaran akan bersiaran selama 12 jam tanpa henti. Pelbagai hiburan, sajian makanan, seni dan budaya serta irama Malaysia bakal menghiburkan anda.

Karnival yang dinamakan REMPAH2018 ini akan diadakan di Tamarind Square Cyberjaya bermula dari 9.16 pagi sehingga 9.16 malam. Anda akan dihiburkan selama 12 jam dengan pelbagai aktiviti menarik. Sesuai untuk sesisi keluarga menghabiskan masa di Hari Malaysia 16 September 2018. 

Antara aktiviti yang bakal diadakan adalah persembahan dari band-band terhangat, pelawak, dapatkan flash tatoo, sertai dan nikmati sajian yang enak dari food truck serta gerai-gerai pop-ups turut bersama memeriahkan karnival REMPAH2018 ini.

Selain itu, anda turut dapat menikmati pelbagai hasil kraftangan rakyat Malaysia terutama hasil dari orang asli. Bagi penggemar seni, inilah tempat yang anda boleh cari pelbagai hasil kraftangan buatan tempatan yang rare sekali.

Salah satu hasil buatan tempatan dari masyarakat Penan dari Limbang Sarawak. Tak perlu terbang kesana, datang Cyberjaya pun anda boleh dapatkan barangan seperti ini. Memang cantik!!

Astro Shaw juga akan turut memeriahkan REMPAH2018 dengan tayangan 3 filem pendek di BookXcess, Tamarind Square. Filem ini berkisahkan tentang perasaan yang pastinya bakal meruntun jiwa mereka yang menonton nanti. 

Korang yang minat coklat, jom datang Cyberjaya kerana di sini nanti akan ada coklat hasil buatan orang asli. Rasanya perghh memang tak kan mengecewakan. Setiap gigitan memang padu beb! Korang kena try. 

Dengan pelbagai hiburan yang ditawarkan sudah pasti bakal menjadikan ianya sambutan yang terbaik bagi meraikan Hari Malaysia nanti. 

Paling dinantikan sudah pasti pelbagai food truck yang menyajikan masakan popular Malaysia serta masakan tradisional masyarakat tempatan. 

Herritage Street of Malaysia pun ada..

Chef Jo dari Masterchef Malaysia juga turut datang memeriahkan REMPAH2018

Food truck 

REMPAH2018 merupakan antara acara yang di tunggu-tunggu buat rakyat Malaysia kerana ia mengumpulkan pelbagai rempah ratus sehingga lebih 100 penyertaan bagi men jadikan acara ini antara acara paling best di Malaysia. 

Setiap acara tidak sah kalau tiada persembahan Live Performance Dance, Muzik, workshop serta pelbagai pameran barang-barang kraftangan. 

Anda juga boleh dapatkan t-shirt menarik dan pelbagai design dari One Nation Fits All juga di sana nanti. 

Jadi jom kita ramai-ramai memeriahkan REMPAH2018. Masuk adalah PERCUMA, sama-sama meriahkan hari kebanggaan kita tanpa mengira bangsa dan agama. Kita di bawah satu bumbung, bersatu padu untuk terus maju ke hadapan. 

REMPAH2018

Tarikh: 16 September 2018

Masa: 9.16am - 9.16pm

Alamat: Tamarind Square Cyberjaya

Untuk matlumat lanjut boleh ke laman facebook mereka : Facebook. Akan ada lebih banyak lagi update dari mereka tentang aktiviti yang akan di adakan nanti.