AirAsia X Tambah Penerbangan Dari Kuala Lumpur ke Honolulu, Hawaii




AirAsia X kini bersedia untuk meningkatkan kekerapan daripada empat ke tujuh penerbangan seminggu ke Honolulu, Hawaii, dari Kuala Lumpur melalui Osaka, Jepun, bermula 16 Ogos 2018.

Ketua Komersial Kumpulan Air­Asia X, Barry Klipp berkata, ia berikutan permintaan tinggi dari pada pelanggan di Asia Tenggara, dengan promosi terkini syarikat penerbangan itu bermula hanya daripada RM700 sehala termasuk cukai.

Kemasukan pertama kali kami ke Honolulu pada tahun lepas menawarkan tambang murah menakjubkan, sekali gus merangsang permintaan dan mendorong permintaan yang luar biasa dari rantau Asia Tenggara.

Dalam masa kurang dari setahun, pasaran berkenaan berkembang dengan pesat dan kami bersedia untuk menawarkan penerbangan harian dari Kuala Lumpur ke Honolulu.

Ia adalah untuk memenuhi permintaan yang meningkat itu, selain sebagai mendorong pertumbuhan pelancongan dari kedua-dua rantau.

Klipp menjelaskan, penumpang boleh mendapatkan jualan tambang terhad ke Honolulu dari 28 Mei 2018 hingga 3 Jun 2018, untuk tempoh penerbangan bermula 18 Ogos ini hingga 13 Ogos 2019, di air­asia.com.

Penumpang juga boleh menggunakan perkhidmatan AirAsia Fly-Thru untuk sambungan yang lancar dari bandar lain dalam rangkaian penerbangan AirAsia and AirAsia X dengan hanya satu hentian tambahan.

Honolulu merupakan sebuah ibu negeri yang terletak di pulau paling ramai penduduk di Hawaii iaitu O’ahu, yang menawarkan daya tarikan pulau popular di dunia termasuk Pantai Waikiki.

KeN: apa lagi guys jom ke Hawaii!