Diskaun Tiket Penerbangan Sehinggga 70 % - Promosi AirAsia Kembali Lagi!

April 23, 2019 - 02:44 PM


Yezza, untuk korang yang suka melancong pasti ini merupakan deal yang paling ditunggu-tunggu.

Bermula semalam; 22 April 2019 AirAsia melancarkan promosi diskaun sebanyak 70% ke atas tiket penerbangan ke semua destinasi.

Promosi yang bermula 22 April ini akan berakhir 28 April 2019 iaitu hujung minggu ini.

Namun, seperti biasa promosi ini hanya tersedia untuk kelas tambang terpilih sahaja dan penerbangan adalah bukan pada waktu puncak.

Bandung pun ada promo ni... hehe

Sekiranya dua perkara tersebut bukan menjadi keutamaan korang, bolehlah dapatkan tiket murah di AirAsia sementara masih promosi ni.

Selain promosi 70%, korang juga boleh mendapatkan penjimatan dan potongan sehingga 45% jika membeli pakej percutian di laman web AirAsia.

 

tadi, try check kalau nak ke Bali bulan Jun, total baru RM373 pergi balik =)Caption

Apa tunggu lagi, inilah waktunya… Jom travel!