Galeri Ashley Furniture Terbesar Di Malaysia Mula Dibuka

April 09, 2019 - 06:00 PM


Anda ingin mencari perabot yang elegan, berkualiti dan tahan lama?

Kunjungi Galeri Ashley Furniture Homestore di Quill City Mall, Kuala Lumpur seluas 13,000 meter persegi dan mengetengahkan pelbagai variasi konsep hiasan dalaman yang ekslusif.

Antaranya Vintage Casual, Urbanology, New Traditions, Contemporary Living dan Family Spaces.

Galeri ini adalah yang keempat dibuka di Semenanjung Malaysia oleh HAUSLIFE Furniture Sdn Bhd, yang juga pemilik lesen tunggal dan operator jenama perabot paling laris di dunia itu.

Dengan nilai pelaburan RM1 juta sebanyak 150,000 produk disediakan di galeri ini termasuk set upholsteri, bilik tidur, ruang makan, ruang pejabat, sofa sandar, tilam dan aksesori hiasan dalaman.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif HAUSLIFE, Yu Kong Ching berkata walaupun Ashley pengeluar perabot terbesar di Amerika namun produk keluarannya sentiasa menepati cita rasa rakyat tempatan sejak ia muncul di Malaysia, 4 tahun lalu.

Pembukaan rasmi galeri induk ini merupakan bukti dan komitmen HAUSLIFE untuk mengukuhkan lagi kedudukan dan jenama Ashley Furniture di negara ini.

Malah harga mampu milik yang ditawarkan pada setiap produk keluarannya menjadikan Ashley sentiasa menjadi pilihan utama pelanggan yang gemarkan perabot import seperti pereka hiasan dalaman dan juga orang awam.

Kong Ching ditemui sempena perasmian Galeri Ashley Furniture HomeStore di Quill City Mall yang turut dihadiri Naib Presiden Jualan Ashley Asia, Robin Lim Jit Piow.

Selepas ini, 8 lagi cawangan Ashley Furniture akan dibuka menjelang 2022.

Bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat di bahagian selatan tanah air, Ashley bakal membuka galeri kelimanya di Johor Bahru selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Bagi anda yang teruja nak membeli perabot dari Ashley Furniture tapi tiada masa berkunjung ke galeri mereka, jangan risau!

Ini kerana anda boleh mendapatkan produk Ashley secara atas talian dengan melawat platform e-dagang mereka di www.ashleyfurniture.com.my/ khas buat rakyat Malaysia.

Bagi memastikan anda tak ketinggalan untuk mendapatkan maklumat terkini serta tawaran promosi menarik daripada Ashley, ikuti mereka di laman Facebook Ashley Furniture Homestore Malaysia.