Menangi Barangan Eksklusif ‘Pacific Rim : Uprising’

March 20, 2018 - 09:55 AM


Filem Sains Fiksyen Pacific Rim : Uprising merupakan filem sekuel daripada Pacific Rim yang ditayangkan pada tahun 2013.

Diarahkan oleh Steven S. DeKnight, sekuel ini berkisar tentang konflik diantara raksasa dari dunia lain yang bersedia untuk memusnahkan bumi dan mesin super yang dicipta untuk menghapuskan mereka.

Sekuel ini akan ditayangkan pada 22 Mac 2018 dan sudah tentu  ramai yang sudah tidak sabar lagi untuk menonton filem kedua Pacific Rim ini dan akan menampilkan aktor John Boyega yang memegang watak Jake Pentcost, iaitu anak kepada general dalam filem pertama.

Untuk kesinambungan filem Pacific Rim : Uprising ini, Kaiju yang tewas pada filem pertama sebenarnya hanyalah permulaan kepada generasi Kaiju yang lebih hebat.

Mampukah Jaeger generasi baharu ini menyelamatkan bumi daripada ancaman Kaiju? Kita sama-sama nantikan filem Pacific Rim : Uprising nanti.

Sebelum itu, untuk peminat filem Pacific Rim ini, kami ada nak buat ‘Giveaway’ sikit. Dan hadiahnya adalah merchandise rasmi untuk filem berkenaan.

Jom tengok apa yang korang boleh menangi :

Terima kasih diucapkan kepada United International Picture (UIP) atas tajaan merchandise Pacific Rim : Uprising ini!

Ikuti langkah-langkah mudah dibawah untuk anda berpeluang memenangi merchandise filem ini!

 

TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 26 Mac 2018