Kini Anda Boleh Dapatkan Makanan & Minuman Panas Di 99 Speedmart



99Speedmart bukanlah satu nama yang asing bagi rakyat Malaysia. Mensasarkan produk yang berkualiti dan terbaik kepada pelanggan pada harga yang berpatutan, perkembangan 99Speedmart di seluruh negara adalah sangat memberangsangkan.

Terbaru, untuk terus memberikan perkhidmatan kepada semua golongan, 99 Speedmart memperkenalkan Express Café, dengan menjual minuman panas (3-in1) dan makanan sedia masak untuk para pelanggannya.

Jika anda merupakan golongan yang sering dikekang oleh masa, Express Café di 99 Speedmart adalah solusi terbaik.

Tak sampai 5 minit, minuman dan makanan anda siap untuk dimakan, dan yang penting semuanya di bawah RM5!

Untuk peringkat permulaan, Express Café ini boleh didapati di semua cawangan di Selangor dan Kuala Lumpur. Kami dah cuba, memang cepat dan mudah.

Hanya pilih makanan dan terus ke kaunter untuk membuat bayaran dan dipanaskan oleh pembantu kedai disana.


Step 1: Pilih makanan yang kita nak


Step 2&3 : Pesan minuman atau terus bayar makanan yang dipilih di kaunter. 


Step 4 : Makanan/ minuman dah siap untuk dinikmati 

Ada macam-macam pilihan yang disediakan, ikut selera anda. Nak nasi goreng, nasi lemak, mee, atau spegheti untuk minuman pulak ada Nescafe,Kopi-O, Teh Tarik dan Milo . Yang penting, bawah RM5! Memang berbaloi, kenyang pulak tu.

Untuk maklumat lanjut, boleh ke Facebook 99Speedmart