Konsert Afgan Dekade Live In Kuala Lumpur 2018

September 25, 2018 - 01:55 PM


Afgan memilih Malaysia sebagai lokasi pertama untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-10 penglibatan beliau dalam industri muzik degan Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018.

Konsert yang merupakan hadiah istimewa buat peminat setia beliau sepanjang 10 tahun ini membawakan konsep konsert intim; dimana penonton  akan ‘dibawa’ menyaksikan rangkuman perjalanan karier Afgan.

Dikhabarkan, konsert ini sangat bermakna buat Afgan sendiri kerana akan memperlihatkan rangkuman pengaruh muzik yang membentuk dirinya sehingga ke tahap ini dalam industri muzik.

Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 ini bakal diadakan pada 3 NOVEMBER 2018 bertempat di Plenary Hall, KL Convention Centre. Jadi, tanda tarikh tersebut ye.

Tiket konsert akan mula dijual pada 21 September 2018 dan harganya adalah RM288 (Silver), RM588 (Gold), RM888 (Platinum) dan RM1288 (Diamond VVIP).

Untuk pembeli tiket Diamond VVIP, korang akan dapat pas Meet and Greet selain daripada CD dan poster yang ditandatangai oleh Afgan.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila layari https://premier.ticketcharge.com.my atau hubungi Hotline di talian 03-9222 8811.