Konsert The Chosen 2019 : Dennis Lau & Friends – Konsert Mega Kumpulkan Artis Pelbagai Genre

April 19, 2019 - 05:12 PM


Konsert The Chosen 2019 adalah kesinambungan konsert pertama Dennis Lau & Friends yang diadakan pada tahun 2016 iaitu The Phoenix Rising yang diketuai oleh pemain viola dan maestro muzik, Dennis Lau sendiri.

Bertemakan ‘The Chosen’, Dennis Lau sekali lagi mengumpulkan artis yang mempunyai latar belakang yang berbeza untuk menjayakan konsert berskala penuh yang akan diterbitkan oleh Jennifer Thompson dan susunan muzik oleh komposer tersohor Malaysia iaitu Aubrey Suwito.

Konsert ‘The Chosen’ bakal diadakan pada 29 Jun 2019 di Mega Star Arena @ Viva Mall Cheras dan ianya akan membariskan nama-nama seperti Aisyah Aziz, Jeryl Lee, Dewi Seriestha, finalis Asia Got Talent 2019 N.A.M.A dan ramai lagi artis serta penampilan istimewa artis yang akan diumumkan kemudian.

Tema ‘The Chosen’ dipilih sebagai permulaan kepada inisiatif Dennis Lau iaitu ‘Give Back’ movement yang mana ia akan berkolaborasi bersama Teach For Malaysia dan ingin ‘membawa’ penonton yang hadir nanti ke satu dunia tanpa had, kasih sayang, harmoni dan kebersamaan.

Menariknya, di konsert itu nanti anak didik Dennis dan Fara Dolhadi (N.A.M.A) akan mempersembahkan sebuah lagu dan mereka ini adalah murid yang dipilih oleh Dennis sendiri melalui program Teach For Malaysia dan mereka akan diberikan peluang untuk meneroka lebih jauh dalam bidang muzik.

Dalam preview media yang kami hadiri kelmarin, Dennis memainkan piano untuk mengiringi beberapa orang artis menyanyikan sedikit lagu-lagu mereka. Memang tak puas! Dalam erti kata lain, kalau anda memang meminati muzik, anda perlu hadir ke konsert The Chosen ini nanti.

Selain barisan artis yang mantap, ini merupakan konsert pertama dimana Dennis akan memainkan ketiga-tiga biola miliknya dalam satu konsert termasuklah biola yang dibuat khas untuk konsert ini yang mempunyai nama sama iaitu The Chosen

Harga tiket untuk #DLTheChosen ini akan dijual pada RM169, RM299, RM499, RM699 dan RM999 yang mana sebahagian kutipan daripada tiket ini nanti akan disumbangakan ke Teach For Malaysia.

Untuk maklumat lanjut berkenaan jualan tiket; anda boleh layari www.ticketcharge.com.my atau hubungi +6 03 – 922 288 11.

Biola ‘The Chosen’ Dennis Lau – Cecah Harga Ratusan Ribu Ringgit