Majlis Pembukaan Outlet Terbesar NYX Professional Makeup di Suria KLCC



Berita gembira buat wanita di luar sana terutama bagi mereka yang minat barangan kecantikan wanita (makeup) kerana akan berlangsungnya majlis pembukaan NYX Professional Makeup yang akan berlangsung di Suria KLCC pada 29 Jun 2018.

Turut hadir memeriahkan suasana adalah LILY MAYMAC. Lily juga akan turut membuat demo pada jam 12.15 tgh hari sampai 2.15 petang. Jadi girls out there jangan lepaskan peluang korang untuk mendapatkan tip terbaik dari Lily Maymac nanti ya.

Selain demo, korang juga berpeluang untuk sertai sesi "meet and greet" bersama Lily. Sesi ini di buka kepada umum. 

Pada jam 12 tgh hari juga akan di lancarkan Club Makeup Artist PRO. Bagi pelanggan pertama sampai 300 akan dapat Goodie Bag yangbernilai RM310. jadi jangan lepaskan peluang ini, datang awal ya kalau nak dapat goodie bag ni. 

Manakala 500 orang pertama yang beratur pada 29 Jun nanti akan berpeluang memenangi cabutan bertuah dimana hadiah yang bakal pemenang dapat bernilai RM60K.

Lagi best mereka yang paling banyak berbelanja akan dapat Mini Makeup Traincase bernilai RM350. Dan top 2 sampai 4 akan dapat Mini Makeup Traincase bernilai RM250

Belum habis lagi, korang juga boleh dapatkan koleksi barangan kosmetik NYX dengan harga hanya RM199. Kalau harga biasa adalah RM350.

Untuk koleksi eksklusif Lily Maymac pula di jual dengan harga RM395 dimana bernilai RM650. Koleksi ini amat limited. Jadi siapa cepat dia dapatlah.

 

Jadi jangan lupa untuk hadir di Suria KLCC pada 29 Jun 2018 nanti.

Grand Opening NYX Professional Makeup @Suria KLCC

Tempat: C61 & C62 Concourse FLoor (Sebelah Zara)

Tarikh: 29 Jun 2018

Masa: 10AM