Menangi 2 Keping Tiket Untuk Menonton Ed Sheeran Live in Kuala Lumpur 2017!

August 29, 2017 - 11:39 AM


Sebut sahaja tentang Ed Sheeran, pasti ramai gadis –gadis akan jatuh histeria.. Iyelah, siapa yang tidak kenal akan penyanyi yang sangat berbakat berasal dari United Kingdom ini kan?

Ed Sheeran sekali lagi mengumumkan akan mengadakan tour di Kuala Lumpur,dan ramai yang tidak sabar. Dikatakan konsert beliau akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 November tahun ini.

Dikatakan, tiket untuk ke konsert Ed Sheeran ini berharga di antara Rm 500 hingga Rm 4000 dan kebanyakkan tiket telah habis terjual.

Tapi anda semua jangan risau, ini mungkin peluang anda untuk memenangi 2 keping tiket untuk ke konsert Ed Sheeran.  Macam mana? 

Anda hanya perlu upload video ringkas untuk showcase kan bakat anda. Tak kiralah anda ingin menyanyi, berpuisi, atau sebagainya. Ini adalah peluang terbaik anda.

Contest ‘Journey 2 Ed Sheeran’ ini dibawakan oleh SP Setia Berhad yang mana hadiah utamanya merupakan dua keping tiket untuk menyaksikan Ed Sheeran secara Live di Bukit Jalil.

Untuk menyertai, anda hanya perlu melakukan 3 langkah mudah seperti yang tertera di bawah :

Difahamkan bahawa pertandingan ini akan berlangsung dari 28 Ogos sehingga 20 Oktober dan seramai 25 pemenang akan dipilih menerusi video yang dimuat naik. Tentang video pula, ia tidak semetinya melibatkan Ed Sheeran, asalkan anda muat naik video yang menarik dan mempamerkan bakat anda. Dan jangan lupa untuk share, kerana jika anda memperoleh banyak like, anda berpeluang cerah untuk memenangi 2 tiket tersebut.

 Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati facebook Citizen Setia dan ikuti sahaja langkah-langkah yang tersedia.

Selamat mencuba!

P/s: kalau anda tak ada teman… ehem… kami ada =D

FB : (www.facebook.com/citizensetia)