M.O.R.E Muzza's Musika Showcase @ The Bee Publika 2018

August 29, 2018 - 06:40 PM


Bagi peminat muzik "rock keras" nama Muzza mungkin tidak asing lagi, sering membuat persembahan secara "underground" showcase Muzza sering kali menadapat perhatian daripada kelompok peminatnya tersendiri. 

Dengan kebolehannya bermain gitar yang awesome membuatkan showcasenya sentiasa gempak dengan persembahan memukau. Muzza juga pernah mewakili Malaysia untuk Battle of the Bands di Norway pada tahun 2015, Muzza juga pernah beraksi satu pentas bersama kumpulan rock terkenal Scorpions sewaktu membuat persembahan bersama dengan Wings.

Selain genre rock-keras, biliau juga sering menyanyikan lagu-lagu bergenre slow rock malah ada juga yang berirama Jazz. 

Sebelum ini Muzza pernah tampil dengan showcase Laundry Bar@Curve untuk memperkenalkan lagu-lagu terbaru beliau seperti "Kau Dihatiku".

Jadi bagi korang yang nak layan muzuk beliau boleh ke Muzza Musika Showcase @ The Bee Publika pada 31 Ogos 2018. 

Untuk showcase ini Muzza akan menyanyikan lagi-lagu original beliau bersama penyanyi jemputan Singer Tam form Blind Tribe manakala drummer dari kumpulan XPDC.

Persembahan pembukaan pula terdiri daripada Maddame (famous in underground scene) dan Public Voice ( band/artist from Iran).

Selain itu, Muzza akan menyanyikan lagu baru beliau. Nak tahu lagu apa silalah ke Muzza Musika Showcase @ The Bee Publika.