Sanggup Beratur Satu Hari Awal, Tiket Konsert Westlife Habis Dijual Dalam Masa 32 Jam

April 16, 2019 - 05:11 PM


Westlife masih lagi berbisa, tiada apa yang mempu mengembirakan bagi mereka yang lahir padah tahun 80-an dan 90-an apabila dua kumpulan lagenda Westlife dan Backstreetboy mengeluarkan album baru tahun ini. Namun lebih membuat para peminat Westlife lebih teruja apabila pengumuman mereka akan mengadakan konsert selama dua haari di Kuala Lumpur.

Konsert Westlife akan berlangsung selama dua hari berturut-turut pada 8 dan 9 Ogos 2019 di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada jam 8.30 malam mendapat sambutan yang luar biasa. Kesemua tiket habis dijual hanya dalam tempoh masa 32 jam sahaja! 

Pra-penjualan tiket kumpulan dari Ireland itu dibuka Sabtu lalu bertempat di Atria Shopping Gallery, Petaling Jaya bermula jam 11 pagi dan berlangsung selama sembilan jam.

Peminat fanatik kumpulan berkenaan ternyata sanggup bermalam di lokasi penjualan tiket itu semata-mata tidak mahu kempunan membeli tiket terbabit.

Bahkan, mereka turut berbaris panjang dan tidak kisah menunggu berjam lamanya sementara giliran tiba.

Penjualan tiket secara rasmi yang dibuka semalam menerusi laman web www.macpiepro.com turut habis terjual. Setakat ini, lebih 14,700 tiket sudah dijual untuk konsert selama dua hari itu nanti.

Ramai yang kecewa dan hampa kerana tiket tersebut habis dijual dalam masa yang singkat. Terlepas peluang untuk berhibur bersama kumpulan itu yang dianggotai Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan, dan Mark Feehily.

Namun bagi sesiapa yang berkesempatan membeli tiket konsert Westlife ‘The Twenty Tour’ 2019 Live  In Malaysia selamat berhibur kami ucapkan.