Sanggupkah Kita Sebagai Ibu Bapa Lihat Nasib Anak Anda Sebegini? Ini 5 Cara Yang Boleh Kita Gunakan Untuk Pastikan Masa Depan Mereka Cerah!!!

November 27, 2017 - 12:07 PM


Pengurusan kewangan adalah sangat penting dalam kehidupan kita seharian. Lagi-lagi zaman ekonomi macam sekarang ini.

 

Disebabkan zaman yang berlalu dengan pantas, anak-anak boleh dikatakan mudah untuk mendapat wang. Mintak sahaja daripada ibu-bapa, sudah tentu mereka akan dapat. Sedar atau tidak, rata-rata anak-anak kini mempunyai gadjet yang kadang-kadang, lebih canggih daripada yang digunakan orang dewasa.

 

Cuba kita bukak cerita zaman kita dulu, guna public phone je atau masa zaman perang dulu, kena makan ubi je.. Mesti diorang tak percaya…

 

Sebab apa, ada yang antara mereka ini, tidak pernah merasai susah. Boleh nak dikatakan diorang ni terlalu dimanjakan.

 

Sepatutnya, pegurusan kewangan ini perlu diterapkan oleh ibu-bapa dari kecil lagi. Sebagai ibu-bapa yang baik, itu adalah salah satu tanggungjawab kita sebenarnya. Walaupun pada kita, mereka kecil lagi, tak perlu diajar benda macam ni… Tetapi, bila masa nak ajar? Nak harapkan disekolah? Jauh sekali...

 

Sebenarnya, anak-anak ini kita kena terapkan yang simpan duit itu perkara yang fun untuk mereka.

 

 

Jika anda rasa anda perlu ajar tetapi tak tahu macam mana nak mula, gunakan 5 langkah ini.

 

#1 . Gunakan Tabung atau Tempat Menyimpan yang menarik.

 

Bila ada tabung yang menarik, sudah tentu mereka tak sabar nak masukkan duit dalam tu. Atau, suruh mereka letakkan tajuk di tabung tersebut. Contohnya – untuk beli permainan.

 

#2. Ajar penyimpanan berjadual.

 

Bila anak-anak ini dah ada matlamat untuk simpanan mereka itu, cuba kita congakkan selama mana mereka harus simpan untuk dapatkan apa yang mereka nakkan itu. Kita juga boleh tetapkan nilai minima selaras dengan tempoh

 

Ajar mereka, sekiranya sikit mereka letak, maka lambatlah apa yang mereka hajatkan.

 

#3. Tawarkan reward kepada anak anda.

 

Ini bukan rasuah, tapi sekadar untuk menaikkan semangat mereka. Berikan wang lebih atau bawa mereka berjalan sekiranya mereka tidak berbelanja atau berjaya menyimpan dalam seminggu. Ataupun, kalau diorang berjaya siapkan kerja rumah macam basuh pinggan ke, kemas almari ke, hulurlah RM5 dan suruh mereka masukkan ke dalam tabung ataupun bawak pegi ke Pizza Hut atau jalan-jalan.

 

#4. Kita jadikan diri kita mentor anak-anak

 

Biasanya, anak-anak ni, mereka nak tengok contoh depan mata. Jadi, apa kata kita pun tunjukkan yang kita pun menyimpan. Adakan satu tabung dan tunjukkan pada mereka yang kita pun ada buat macam yang diorang buat… Anak-anak akan lebih bersemangat lepas ini…

 

#5. Kongsikan info tentang manfaat pelaburan masa depan.

 

Ha, yang ini ibu bapa kena mainkan peranan. Buatlah bacaan sikit tentang apa yang mereka boleh dapat jika masukkan dalam bank duit itu.

 

Sebagai contoh, duit simpanan mereka itu untuk jangka masa panjang, kita tunjukkan yang mereka boleh buat untuk masuk ke universiti dan sebagainya.

 

Jika duit mereka dah banyak nanti, kita masukkanlah ke dalam akaun kanak-kanak yang disedikan oleh bank-bank tempatan.

 

Salah satu contoh adalah akaun simpanan BeeSTAR-i oleh Bank Muamalat. Akaun Simpanan BeeSTAR-i.

 

 

Apa itu Akaun BeeSTAR-i??

 

Akaun BeeSTAR-i ialah akaun yang membantu adik-adik menyimpan wang berlandaskan Syariah.

 

Untuk akaun BeeSTAR-i ini anak-anak haruslah berumur bawah 18 tahun dimana sekiranya anak anda itu berumur 12 tahun kebawah, mereka akan diletakkan dibawah ‘trust account’.

 

Apa manfaat akaun BeeSTAR-i??

 

Manfaatnya tentulah banyak…

  • Buku simpanan akaun simpanan akan dikeluarkan
  • Kad DEBIT disediakan atas permintaan.
  • Deposit permulaan minimum sebanyak RM25 (Dua Puluh Lima Ringgit) sahaja. Untuk akaun amanah, deposit permulaan minimum hanya RM25 (Dua Puluh Lima Ringgit) sahaja
  • Di bawah konsep Tawarruq dimana Kadar Keuntungan Efektif (KKE), ditetapkan oleh pihak bank semasa simpanan dibuat. 
  • Fungsi Mesin Teler Automatik Penuh (ATM) di semua mesin atau mesin Bank Muamalat yang mengandungi logo MEPS / BANKCARD di seluruh negara (untuk pemegang kad sahaja)
  • Tersedia untuk akaun bersama
  • i-muamalat perkhidmatan perbankan internet (atas pendaftaran)
  • Diinsuranskan oleh PIDM sehingga RM250,000 (Dua Ratus Lima Puluh Ribu Ringgit Sahaja)

 

Jadi, ajarlah anak-anak anda untuk menyimpan dan terapkan pengurusan wang yang betul dalam diri mereka. Jangan nanti dah besar, duit simpanan pun tak ada…