‘El Classico’ Pertama Sejak 2007 Tanpa Messi Dan Ronaldo



Real Madrid nampaknya ‘parah’ tanpa Ronaldo dan ini dibuktikan lagi setelah diabkan oleh seteru utama mereka, Barcelona dalam perlawanan ‘El Classico’ yang berkesudahan 5-1 tersebut.

Barcelona membuktikan mereka tidak goyah tanpa Lionel Messi yang disisikan akibat patah tangan dan nampaknya Luis Suarez seakan-akan ingin ‘melenyapkan’ magis Messi setelah pemain berkenaan menjaringkan 3 gol dalam kemenangan 5-1 ke atas Real Madrid berkenaan.

Menurut pemain tengah Barcelona, Sergio Busquets kemenangan ini adalah pencapaian yang hebat kerana ketiadaan Messi. Tambahnya lagi, Leo (Messi) sering membantu pasukan jika mereka menghadapi lawan yang sukar.

Untuk rekod, ini adalah perlawanan ‘El Classico’ yang pertama sejak tahun 2007 tanpa Lionel Messi dan Ronaldo.

 

Sementara itu, pengendali Real Madrid Julen Lopetegui dikhabarkan akan dipecat hari ini dan tempatnya akan diambil alih oleh bekas pengurus Chelsea iaitu Antonio Conte.

Difahamkan persembahan dan kekalahan teruk Real Madrid 1-5 menentang Barcelona tempoh hari adalah perkhidmatan terakhir Lopetegui sebagai pengurus Real. Dengan kekalahan tesebut, Madrid melebarkan rekod perlawanan tanpa menang tiga perlawanan berturut. Ini adalah rekod terburuk sejak 2009.

Real Madrid kini menghuni tangga ke-9, tujuh mata dibelakang pendahulu liga Barcelona.