5 ‘Comeback’ Paling Diingati Dalam Dunia Bola Sepak Seluruh Dunia




‘Kebangkitan Semula’ atau comeback daripada pasukan Belgium setelah ketinggalan 2-0 kepada Jepun pada perlawanan malam tadi menjadi topik perbualan hangat dekat mamak pagi ni.

Ada yang sampai persoalkan taktikal pasukan Jepun, “kenapa tak parking bullet train aje” – Kata seorang peminat bolasepak sambil menghirup secawan teh.

Memang jaringan Nacer Chadli pada minit ke 94 tersebut tidak disangka. Dengan permainan counter attacking pantas, Belgium berjaya mendapatkan gol pada minit-minit akhir perlawanan yang pada awalnya memihak kepada Jepun.

Memang epic comeback lah bak kata peminat-peminat bola.

Sebut pasal comeback ni, ini kitorang nak ceritakan 5 comeback yang paling diingati dalam sejarah bola sepak selain daripada yang dilakukan oleh Belgium semalam.

#1. Newcastle 4 - 4 Arsenal |Liga Premier|2011

The Gunners bermula garang pada 30 minit pertama perlawanan dengan jaringan pembukaan seawal minit pertama oleh Thoe Walcott dan dua jaringan daripada Van Persie.

Arsenal mendahului 4-0 pada minit ke 25 perlawanan. Namun, 4 minit sebelum separuh masa pertama tamat, Abou Diaby telah dibuang padang dan ini mengubah momentum yang ada pada Arsenal.

Joey Barton memulakan comeback Newcastle dengan baki perlawanan tinggal 21 minit sebelum tamat sebelum Leon Best berjaya merapatkan jaringan kepada 4 -2 pada minit ke 75.

Penalti kedua dijaringkan oleh Joey Barton pada minit ke-83 memberikan harapan kepada Newcastle sebelum jaringan cantik Cheick Tiote untuk menyamakan kedudukan di hadapan ribuan penyokong sendiri.

 

#2. Jerman 4 – 4 Sweden |Kelayakan Piala Dunia | 2012

Salah satunya perlawanan yang melihatkan pasukan Jerman mensia-siakan kelebihan 4 gol yang telah mereka ada sebelum Sweden menyamakan kedudukan selepas minit ke 60 perlawanan.

Germany mendahului 3 – 0 pada separuh masa pertama, sebelum Mesut Ozil menjarakkan kedudukan dengan jaringan pada minit ke 56.

Kim Kallstrom dikatakan watak penting dalam comeback menarik daripada Sweden. Bermula dengan umpanan cantik kepada Ibrahimovic sebelum penyerang veteran itu menewaskan Neuer pada minit ke-62.

Dua minit berselang, Kallstrom turut menghantar bola cantik melepasi pertahanan Jerman sebelum disudahkan oleh Mikael Lustig. Pada minit ke-76, Johan Elmander berjaya merapatkan jaringan sebelum Rasmus Elme menjaringkan gol pada masa tambahan untuk keputusan seri 4-4. Epik sungguh.

 

#3. Manchester United 2 – 1 Bayern Munich | Final Champions League | 1999

Dalam banyak-banyak comeback, apa yang dilakukan oleh Manchester United pada edisi Champions League 1999 ni memang mustahil. 2 kali mereka buat comeback.

Pertama, semasa bertemu Juventus pada peringkat separuh akhir. Dan pada perlawanan akhir, diorang ni buat comeback lagi.

Piala paling diimpikan pada peringkat Eropah, dan United terpaksa menunggu sehingga separuh masa babak kedua masa tambahan.

Ceritanya, Bayern mendahului seawal minit ke 6 menerusi sepakan percuma Mario Basler. Gandingan Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solskjaer yang dibawa masuk pada babak kedua perlawanan seakan-akan mengubah segalanya.

Mana tidaknya, perlawanan dah masuk minit ke-91 sebelum Manchester United dihadiahkan sepakan penjuru dan United berjaya mendapat gol selepas Bayern gagal mengeluarkan bola.

2 minit berselang, giliran Solskjaer pula menanduk masuk bola, menewaskan Oliver Khan juga dari hasil sepakan penjuru. Ranap hati peminat Bayern malam tu…

 

#4. Liverpool 3 – 3 AC Milan | Final Champions League | 2005

Selain daripada United, seteru utamanya Liverpool juga berjaya menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah dengan satu comeback yang paling diingati dalam sejarah Liverpool pada final tahun 2005 di Istanbul.

Milan mendahului dengan jaringan ketua pasukan Paolo Maldini sebelum jumlah tersebut ditambah oleh Hernan Crespo sebelum tamat seperuh masa pertama.

Seperti ‘disekolahkan’ pada babak pertama, kebangkitan Liverpool selepas rehat boleh dikatakan berpunca daripada persembahan luar biasa Steven Gerrard.

Gerrard berjaya menjaringkan gol pada minit ke-54 sebelum ditambah oleh Vladimir Smicer dua minit selepas itu. Kemudian Liverpool dihadiahkan sepakan penalti.

Pada penentuan sepakan penalti, penjaga gawang Liverpool, Jerzy Dudek dengan cemerlang menyelamatkan 3 sepakan untuk Liverpool menjulang trofi berprestij Eropah tersebut.

 

#5. Barcelona 6 – 1 Paris Saint – Germain | Champions League | 2017

Kemenangan 4-0 PSG pada perlawanan pertama punyalah memberikan kesan kepada Barcelona, sehinggakan jurulatih mereka Luis Enrique ingin meninggalkan kelab berkenaan seminggu sebelum perlawanan timbal-balik di Nou Camp.

Jaringan Luis Suarez dan gol sendiri oleh Layvin Kurzawa seakan-akan memberikan sedikit harapan kepada Barca. Selepas perlawanan bersambung, Messi menjaringkan sepakan penalty dan berikan sedikit momentum kepada Barcelona.

Namun, Edison Cavani berjaya mencetak satu gol selepas minit ke-60 membuatkan Barcelona mula goyah seketika. Neymar merupakan ‘hero’ pada perlawanan berkenaan.

Sepakan percumanya pada minit-88 berjaya menewaskan penjaga gol PSG sebelum menyudahkan satu sepakan penalti yang diperolehi oleh mereka selepas ini.

Neymar juga telah menyumbang kepada gol terakhir mereka 5 minit pada masa tambahan selepas hantarannya disudahkan oleh Sergi Roberto dan mengesahkan kemaraan Barcelona ke peringkat seterusnya.