5 Pemain Bola Sepak Yang Menyerlah Selepas Di Buang Jose Mourinho

April 09, 2018 - 12:38 PM


Bagi peminat bola sepak, Jose Mourinho pengurus pasukan Manchester United ketika ini yang berasal daripada Portugal, merupakan seorang yang memecahkan pandangan. Ada yang percaya dia adalah seorang pengurus paling teruk dan paling ego dalam sukan bola sepak, ada juga yang percaya Jose adalah pengurus paling berkebolehan kerana ke mana saja dia pergi, pasukannya akan menang.

Walaupun tidak dapat dinafikan pencapaian Jose Mourinho sebagai pengurus cukup hebat, bagaimanapun rekodnya dalam menilai potensi pemain jarang terbukti tepat. Jose sering dikritik sebagai pengurus yang tidak gemar melatih pemain muda dan mahukan pemain 'ready-made' untuk diuruskan.

Adakah dakwaan itu benar? Sudah pasti sukar untuk dijawab perkara ini secara fakta namun begitu, ini adalah senarai 5 orang pemain yang ditolak Jose Mourinho membuktikan ada ketikanya,  pengurus istimewa pun boleh melakukan kesilapan.

1. Arjen Robben

Walaupun mempamerkan aksi yang hebat di Chelsea selama 3 musim, Arjen Robben pemain dari Belanda ini kerap dipinggirkan Jose Mourinho sebelum Arjen berhijrah ke Real Madrid. Dia menyifatkan perpindahan itu sebagai satu perkara yang melegakan dirinya. Selepas tidak dihiraukan di Chelsea, Arjen Robben berjaya memenangi lebih 15 kejuaraan bersama Real Madrid dan Bayern Munich, menjadi orang penting pasukan kebangsaannya serta menjadi antara pemain yang berjaya memenangi kejuaraan liga di empat buah negara berbeza.

2. Romelu Lukaku

Penyerang gergasi Belgium ini pada mulanya dipinjamkan kepada pasukan Everton pada selepas gagal meletakkan dirinya di antara kesebelasan utama pasukan Chelsea. Mempamerkan prestasi memberangsangkan di Everton dengan 15 gol namun itu tidak mampu memikat hati Jose untuk terus menyambung kontraknya. Romelu dijual ke Everton pada harga GBP 30 juta sebelum Jose yang kini menjadi pengurus pasukan Manchester United, mendapatkan semula khidmat Romelu pada nilai GBP75 juta.

3. Leonardo Bonucci

Dibuang dari pasukan Inter Milan semasa Jose Mourinho dilantik sebagai pengurus, Leonardo berhijrah ke pasukan Juventus pada tahun 2009, hanya dengan nilai GBP3.4 juta. Kemasukan Leonardo ke Juventus benar-benar mengubah nasibnya dan kelab barunya selepas mereka berjaya memenangi liga sebanyak enam kali. Leonardo juga dipilih oleh FIFA dalam kesebalasan terbaik dunia bagi tahun 2016 dan 2017.

4. Kevin de Bruyne

Dianggap sebagai tidak mampu mencapai kelayakan untuk menjadi pemain utama Chelsea, Kevin dijual ke kelab Jerman Wolfsburg pada perpindahan Januari 2014, dengan nilai GBP20 juta, selepas dipinjamkan ke kelab Werder Bremen. Pada musim 2015, Kevin berjaya menunjukkan prestasi sebenarnya, memenuhi potensi yang diperkatakan selama ini. Dia berjaya menjaring 16 gol dan 27 hantaran untuk gol serta dinamakan Pemain Terbaik Jerman tahun tersebut sebelum berpindah ke pasukan Manchester City. Di City, Kevin menjadi antara pemain tonggak serta antara pemain terbaik liga.

5. Mohamed Salah

Mula mencipta nama di liga Switzerland bersama pasukan Basel, Mohamed Salah dibeli pasukan Chelsea namun nasibnya kurang baik di situ. Tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama serta dikritik Jose Mourinho berikutan gagal menngikut taktik yang telah ditetapkan ke atasnya. Dipinjam kepada kelab Fiorentina dan Roma di Itali, Salah kembali menemui sentuhannya bersama Roma. Dinamakan Pemain Terbaik Seria A bagi musim tersebut, pasukan LIverpool mula mengintai salah dan kini Mohamed Salah membuktikan dirinya penyerang terbaik liga perdana Inggeris, serta bakal menjadi tonggak utama pasukan Mesir pada Piala Dunia 2018 nanti.