Ajax Singkir Real Madrid Dari Saingan Champions League

March 06, 2019 - 10:40 AM


Nampaknya, Real Madrid boleh dikatakan dalam ‘era kejatuhan’. Dalam masa seminggu, Real telah tewas 2 kali kepada musuh tradisi mereka, Barcelona dan semalam mereka dibelasah oleh Ajax 4-1 dalam saingan Champions League.

Persembahan Ajax sangat menakjubkan. Ajax mengejutkan ramai apabila menewaskan juara 13 kali kejuaraan tersebut di Santiago Bernabeu dengan jaringan 4 – 1 (5-3 melalui agregat).

Tidak cukup dengan kekalahan yang memeritkan, beberapa pemain ‘veretan’ berstatus bintang ternama di Real Madrid juga nampaknya dah hilang sentuhan mereka. Santiago Solari telah mengetepikan Marcelo, Bale dan Isco.

Setakat ini, sudah tiada kejuaraan yang mampu dikejar oleh Madrid. Tersingkir untuk saingan Copa del Ray, 12 mata dibelakang Barcelona untuk kejuaraan La Liga dan terbaru, tersingkir daripada saingan Champions League buat PERTAMA KALI sejak 2006.

Sebelum ini, Real Madrid telah memenangi kejohanan tersebut tiga tahun berturut. Real melangkah ke perlawanan 16 terakhir semalam dengan kelebihan 2 jaringan tempat lawan. Namun segalanya nampak tak menjadi dan mereka gagal mengekalkan kelebihan gol tersebut dan tewas 4-1.

Sementara itu, ini adalah keputusan lain perlawanan pusingan kedua yang berlangsung semalam :

Selain itu, awal pagi nanti akan menyaksikan beberapa lagi perlawanan pusingan kedua yang akan berlangsung untuk saingan 16 terbaik Champions League ni...

 Agak-agak, pasukan mana yang lolos nanti?