Arsenal Tewas Ditangan Atletico, Tersingkir Piala Europa, Pengakhiran Tragis Arsene Wenger

May 04, 2018 - 11:09 AM


Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang dikhabarkan bakan meninggalkan kelab berkenaan di penghujung musim ini nampaknya terpaksa melupakan Piala Europa untuk dijadikan hadiah persaraan beliau.

Akui ketumpulan serangan Arsenal adalah punca kepada kekalahan mereka di tangan Atletico. Kekalahan Arsenal tersebut secara tidak langsung melenyapkan segala harapan Wenger untuk meninggalkan Arsenal dengan satu kejuaraan dan satu-satunya peluang mereka untuk layak ke Champions League.

Sementara itu, Atletico yang mempunyai rekod tanpa kalah di laman sendiri di La Liga dikatakan dalam bahaya selepas perlawanan pertama kerana hanya bermain dengan 10 orang selepas Sime Vrsaljko dibuang padang pada minit ke-10.

Namun, gol jaringan Diego Costa pada lewat babak pertama sudah cukup untuk membawa Atletico Madrid ke pentas Final piala Europa berkenaan. 

 

Kekalahan ini nampaknya sedikit sebanyak mungkin menganggu usaha Arsenal untuk mendapatkan pengurus baru dan juga pemain baru pada musim panas nanti.