Badminton Remaja Dunia - Jin Wei Juara Lagi Setelah Tewaskan Pemain Denmark

November 19, 2018 - 08:25 AM


Goh Jin Wei melengkapkan musim cemerlang apabila merangkul kejuaraan remaja dunia buat kali kedua di Markham, Kanada sebentar tadi.

Jin Wei, 18, yang membuat penampilan terakhir dalam Kejohanan Badminton Remaja Dunia terlalu kuat buat Line Christophersen dari Denmark apabila menang mudah 21-13, 21-11 untuk dinobat sebagai juara perseorangan perempuan.

Ini adalah gelaran kedua buat pemain dari Pulau Pinang itu selapas menang pada 2015, malah kejayaan tersebut hadir hanya sebulan selepas dia memahat sejarah merangkul pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Olimpik Remaja