"Bagi Balik Duit Aku!" - Rakyat China Mengamuk Seri Dengan Harimau Malaya

SUKAN
September 11, 2023 - 04:47 PM


Skuad Harimau Malaya berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan apabila berjaya mengikat pasukan yang jauh lebih tingg di rangking dunia iaitu pasukan China yang berada pada kedudukan 80 dengan keputusan 1-1 pada perlawanan persahabatan yang berlangsung di 'rumah' mereka Stadium Phoenix Hill, Chengdu, China.

Susulan dari keputusan tersebut, pasukan kebangsaan China dihujani dengan kritikan dan kecaman dari penyokong mereka yang jelas memalukan apabila hanya mampu seri dengan Malaysia yang berada di ranking jauh lebih rendah iaitu di 136 ranking dunia.

Penyokong yang hadir di Stadium Phoenix Hill tidak menunggu lama dalam meluahkan ketidakpuashatian mereka,

Sebaik wisel penamat ditiup, viral tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan penyokong China yang membuat protes bagi menuntut refund tiket stadium.


Penyokong-penyokong tersebut membuat protes dan berkumpul bagi menuntut refund. Berdasarkan sebuah tweet dari @magmalaya satu tiket bagi perlawanan itu mencecah melebihi RM200. Mereka dengan jelas menyatakan, tidak berbaloi untuk bayar tiket selepas disajikann dengan persembahan sebegitu rupa.

Nampak gayanya, Harimau Malaya berjaya meruntuhkan "Tembok Ego Besar China" ! Selamanya Harimau Malaya! Kekalkan prestasi cemerlang! 

 

Destination: